Harian Metro

Pengawal keselamata­n ’mengular’ beli dadah ditangkap

-

Kuala Lumpur: Bukan saja kantoi ‘mengular’ malah ditahan polis akibat dadah.

Itu nasib seorang pengawal keselamata­n kediaman orang kenamaan (VIP) mencuri masa bekerja untuk keluar membeli dadah yang terjerat apabila ditahan dalam operasi trafik bersepadu di Dataran Merdeka, di sini, kelmarin.

Ketika ditahan dalam Ops Gangster Jalanan bermula jam 9 malam itu, lelaki warga emas berusia 60 tahun berkenaan masih berpakaian seragam kerja.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, polis merampas sejumlah dadah daripada suspek yang turut didapati positif selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

Katanya, walaupun membawa sejumlah dadah suspek tetap berani melalui kawasan pemeriksaa­n polis.

“Dia juga mengaku pernah empat kali ditahan kerana kesalahan sama sebelum ini,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi malam kelmarin.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek yang juga bapa kepada enam anak itu sudah terbabit penyalahgu­naan dadah sejak lebih 20 tahun lalu.

“Difahamkan, lelaki berkenaan ‘curi-curi’ lari dari tugas untuk keluar membeli dadah namun tidak bernasib baik apabila tertangkap.

“Dia memberitah­u baru membeli bekalan dadah dipercayai heroin berharga RM40 dan ketika ditahan, dia dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya,” katanya.

Zulkefly berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana kesalahan dadah menerusi tiga operasi dijalankan sepanjang hujung minggu bermula Jumaat lalu.

Katanya, seramai 800 pengguna jalan raya disaman atas pelbagai kesalahan trafik melalui operasi bersepadu turut dijayakan JSPT Bukit Aman, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS).

 ??  ?? WARGA emas ditangkap akibat dadah antara yang ditahan dalam operasi trafik bersepadu di Dataran Merdeka.
WARGA emas ditangkap akibat dadah antara yang ditahan dalam operasi trafik bersepadu di Dataran Merdeka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia