Harian Metro

Lelaki terbunuh lori buat pusingan di lokasi terlarang

-

Kuala Kubu Bharu: “Kami baru saja sambut ulang tahun perkahwina­n yang genap setahun Februari lalu, saya sedar dia tunggu saya siap untuk keluar bersama ke tempat kerja pagi tadi (semalam) walaupun kebiasaann­ya dia keluar lebih awal.

“Saya salam tangannya macam biasa tapi tidak sangka itu kucupan dan salam kami yang terakhir,” kata Siti Masitah Ishak, 29, isteri kepada Mohd Syafiq Irsyaduddi­n, 27, yang terbunuh dalam kemalangan dengan sebuah lori, semalam.

Mohd Syafiq yang menunggang motosikal maut dipercayai dilanggar lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba di Kilometer 2, laluan pintas Serendah-Rawang arah Serendah, di sini, jam 7.30 pagi.

Mangsa adalah penyelia bahagian kawalan kualiti syarikat pengeluar kereta di Sungai Choh dan sudah berkhidmat sejak 2015.

Siti Masitah yang ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), di sini, berkata dia hanya mendapat tahu kemalangan menimpa suaminya dua jam selepas kejadian.

“Saya dihubungi bahagian sumber manusia syarikat tempat suami bekerja memaklumka­n kejadian, namun ketika itu saya belum dimaklumka­n mengenai ketiadaan suami.

“Tidak ada sebarang tanda yang saya nampak dia akan ‘pergi’ meninggalk­an saya kecuali pagi tadi (semalam),” katanya yang menetap di Selayang.

Siti Masitah yang bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat di Sepang berkata, jenazah suaminya dibawa pulang ke kampung halamannya di Seberang Takir, Terengganu, untuk dikebumika­n.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Lim Bhak Pai berkata, kejadian berlaku apabila lori dalam perjalanan dari Jinjang menghala ke Sunway Quari melalui jalan pintas Rawang-Serendah membuat pusingan U di kawasan berkenaan.

“Persimpang­an itu tidak dibenarkan membuat pusingan U. Mangsa yang menunggang motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak dan terus melanggar kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu lori itu sudah ditahan untuk diambil keterangan selain ujian saringan air kencing serta sampel darah.

 ??  ?? SITI Masitah (kanan) ditenangka­n kakaknya, semalam.
JENAZAH Mohd Syafiq dibawa ke kampungnya di Seberang Takir, Agil, Terengganu untuk dikebumika­n.
SITI Masitah (kanan) ditenangka­n kakaknya, semalam. JENAZAH Mohd Syafiq dibawa ke kampungnya di Seberang Takir, Agil, Terengganu untuk dikebumika­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia