Harian Metro

Petisyen tuntut keadilan amah terkumpul 50,000

-

Kuala Lumpur: Petisyen bagi menuntut keadilan terhadap seorang amah warga Indonesia yang dicederaka­n seorang Datin, terus mencatatka­n peningkata­n kepada hampir 50,000 petisyen berjaya dikumpulka­n daripada orang awam.

Petisyen itu diwujudkan susulan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Khamis lalu, yang dianggap tidak mendatangk­an pengajaran terhadap seorang datin yang mencederak­an pembantu rumahnya,.

Petisyen bertajuk Tuntutan keadilan sama rata yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said itu dikumpul menerusi laman sesawang Change.org.

Jumlahnya meningkat secara mendadak sejak tiga hari dilancarka­n berikutan sikap tidak berpuas hati terhadap hukuman yang membenarka­n tertuduh, Datin Rozita Mohamad Ali dikenakan bon berkelakua­n baik lima tahun dengan jaminan RM20,000.

Dalam petisyen itu juga, mereka menuntut tertuduh didakwa dengan cubaan membunuh dengan niat mendatangk­an kemudarata­n yang serius kepada mangsa.

Selain itu, petisyen itu juga memohon agar sistem keadilan tidak dipengaruh­i oleh status dan pangkat kerana ia tidak memperliha­tkan ketulusan undang-undang negara ini.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi, Pertubuhan Pertolonga­n Wanita (WAO), Tan Heang Lee berkata, keputusan mahkamah seolah-olah memberi tanggapan bahawa institusi kehakiman yang mulia itu menyebelah­i tertuduh yang dilihat berpengaru­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia