Harian Metro

Mr T mungkin dihukum gantung

 Malaysian Iceman bersama tiga rakan didakwa edar Ice di mahkamah Thailand bakal dibicara dengan bukti kukuh

-

Seorang lelaki kelahiran Johor yang lebih dikenali dalam kalangan media Malaysia sebagai Mr T atau Malaysian Iceman mungkin menghadapi hukuman gantung kerana dikatakan terbabit dalam percubaan menyeludup masuk 282 kilogram (kg) Crystal Methapheta­mine atau Ice ke Malaysia dua tahun lalu.

Tan Hun Seong dan tiga rakannya sudah didakwa di mahkamah Thailand mengikut Akta Mengenai Langkah-langkah Menyekat Pesalah Berhubung Dadah 1991 dan Akta Narkotik 1979, yang selain memperuntu­kkan hukuman mati juga penjara seumur hidup.

Menurut dokumen mahkamah, Mr T, berambut putih dan berusia pertengaha­n 60-an, seorang lelaki Taiwan berusia 69-tahun dikenali sebagai Jimmy dan dua wanita Thailand akan dihadapkan ke mahkamah Jenayah Bangkok pada Mei depan.

Penangkapa­n Tan oleh sekumpulan pegawai polis bersenjata berat di Lapangan Terbang Hatyai yang sibuk itu pada April tahun lalu mendapat liputan media yang meluas di Thailand dan Malaysia.

Pihak berkuasa mengesyaki Tan yang tinggal di Hatyai dan mempunyai seorang isteri Thai adalah seorang anggota kanan sindiket dadah antarabang­sa yang mendapat sumber dadah dari Tiga Segi Emas melalui bahagian utara Thailand dan menyeludup­kannya ke Malaysia.

Tan yang ditangkap di lapangan terbang itu sebaik saja pulang dari bahagian utara Thailand dalam satu urusan dadah, fasih berbahasa Thai dan mempunyai beberapa perniagaan di bandar sempadan selatan itu.

Penyiasat mengetahui peranannya dalam sindiket itu berikutan penangkapa­n dua lagi lelaki Malaysia di Pusat Pemeriksaa­n Imigresen Sadao pada Mac 2016, dekat sempadan Malaysia-Thai bersama 282kg Ice yang hendak dibawa masuk ke negara jiran.

Dua lelaki Malaysia itu mengaku bersalah dan dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Jenayah Thailand.

Satu sumber berkata, Mr T tetap mengaku tidak bersalah dalam kes itu namun pihak berkuasa yakin dengan kes itu memandangk­an tempoh siasatan yang begitu panjang.

Beliau berkata, lelaki Malaysia itu sudah melantik seorang peguam untuk membela dirinya.

“Semua (empat) suspek menafikan tuduhan itu, tetapi kami mempunyai bukti kukuh,” kata beliau dan menambah tiga suspek yang lain itu menghadapi tuduhan dadah yang serupa seperti Tan.

Menurut sumber itu, Mr T dan tiga suspek itu mungkin menghadapi hukuman gantung jika didapati bersalah tetapi boleh mengelak hukuman mati dan memilih penjara seumur hidup jika mereka mengaku bersalah. – BERNAMA

 ??  ?? MR T ketika dibawa ke Mahkamah Thailand.
MR T ketika dibawa ke Mahkamah Thailand.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 28 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro 5 Mei tahun lalu.
LAPORAN Harian Metro 28 Disember lalu. LAPORAN Harian Metro 5 Mei tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia