Harian Metro

Dadah RM20,000 ditemui dalam hotel

-

Tapah: Polis menahan pasangan kekasih dan seorang lelaki selepas menemui dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM20,000 dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Bruseh, Bidor, dekat sini, Khamis lalu.

Tangkapan membabitka­n dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 29 tahun serta seorang wanita berusia 24 tahun di sebuah bilik di tingkat dua hotel itu jam 10.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Tapah Superinten­dan Somsak Din Keliaw berkata, serbuan dibuat selepas polis menerima maklumat awam mengenai kegiatan pengedaran dadah di hotel berkenaan.

Katanya, ketika serbuan, suspek wanita membuka pintu manakala suspek lelaki berusia 25 tahun duduk di penjuru katil dan seorang lagi berlari ke arah tingkap.

“Suspek juga mencampakk­an beg plastik berwarna merah ke luar tingkap hotel sebaik polis memperkena­lkan diri,” katanya.

Somsak berkata, pemeriksaa­n lanjut terhadap bungkusan plastik yang dibuang itu mendapati ia mengandung­i lima plastik lut sinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 626 gram dan 16 lagi dipercaya syabu seberat 70 gram.

“Rampasan dadah dipercayai heroin dianggarka­n bernilai RM15,000 manakala syabu bernilai RM2,000 mengikut harga pasaran,” katanya.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis syabu.

Somsak berkata, semua suspek direman tujuh hari bermula Jumaat lalu hingga Khamis ini bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek mencampakk­an beg plastik berwarna merah ke luar tingkap hotel sebaik polis memperkena­lkan diri”

Somsak

 ??  ?? SOMSAK (tengah) menunjukka­n hasil rampasan di hotel di Jalan Bruseh.
SOMSAK (tengah) menunjukka­n hasil rampasan di hotel di Jalan Bruseh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia