Harian Metro

‘Niat saya disalah erti’ Opick hilang isteri kedua

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

 Rita nafi bermusuh dengan Izreen, jumpa Intan Liana kongsi nasihat

Dramatis Rita Rudaini tampil merungkai salah faham orang ramai yang beranggapa­n dia dan pelakon Izreen Azminda bermusuhan gara-gara memuat naik gambarnya bertemu dengan Intan

Liana Saleh di laman sosial miliknya baru-baru ini.

Rita yang dihubungi semalam mengakui mengenali keluarga Liana dan apabila mereka menghubung­inya untuk bertemu serta bertanya mengenai urusan mahkamah dia tidak menolak.

“Kakak Intan, Roza Saleh dulunya pengurus artis sementara pelakon Nadia Mustafa yang juga biras Liana. Saya mengenali mereka sejak awal pembabitan dalam bidang lakonan.

“Izreen juga kawan saya dan apabila rakan datang meminta pandangan serta nasihat dah tentu saya akan bantu apa yang termampu.

Tegas pelakon drama Sehangat Asmara itu, dia tidak menyebelah­i mana-mana pihak kerana apa yang berlaku di antara Izreen dan Intan tiada kaitan dengan dirinya.

Bagaimanap­un, Rita kecewa apabila ada pihak menuduhnya sebagai punca perceraian Intan dan suami, Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid serta bermusuhan dengan Izreen.

“Niat baik saya sudah disalahert­ikan. Saya tidak mahu mencari musuh apatah lagi memburukka­n mana-mana pihak. Apapun yang dihadapi Intan, Ude dan Izreen, hanya mereka sahaja yang tahu,” katanya.

Kata Rita lagi, dia tidak mungkin mahu memusuhi atau meminggirk­an Izreen dan sekiranya rakannya itu meminat pandangan serta nasihat, sudah tentu dia bersedia bertemu.

“Cuma, mungkin susah orang memahami saya memandangk­an saya bersikap telus apabila memberikan pandangan.

“Namun bukan mudah berkongsi pandangan andai kita tidak berada di tempat mereka. Jadi terpulang kepada individu itu sendiri hendak terima pandangan saya atau sebaliknya,” katanya. Jakarta: Isteri kedua penyanyi kerohanian terkenal Indonesia, Opick, Wulan Maya Sari Hanis Sudiyono, 34, dilaporkan meninggal dunia jam 9 malam, kelmarin.

Menurut sahabat Opick yang juga penyanyi Derry Sulaiman, Allahyarha­m mula sakit selepas melahirkan anak pasangan terbabit dua bulan lalu.

Pendakwah dan penyanyi yang terkenal dengan lagu Dunia Sementara Akhirat Selamanya itu berkata, malangnya bayi pasangan berkenaan meninggal dunia ketika berusia lapan bulan dalam kandungan.

Katanya, Wulan sempat dikejarkan ke hospital sebelum menghembus­kan nafas terakhir di sisi suami dan ahli keluarga.

Jenazah dikebumika­n selepas Zohor, semalam. Opick memiliki seorang lagi isteri, Dian Rositaning­rum yang dinikahi pada 2002 dan dikurniaka­n enam anak.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR dimuat naik Rita di Instagram bersama Intan Liana (kiri).
GAMBAR dimuat naik Rita di Instagram bersama Intan Liana (kiri).
 ??  ?? OPICK bersama Wulan.
OPICK bersama Wulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia