Harian Metro

Program Jelajah Masjid Berbasikal masuk rekod

-

Pekan: Program Jelajah Masjid Berbasikal Peringkat Pahang di 10 masjid di daerah ini dan Rompin diiktiraf

Pengiktira­fan susulan kejayaan mengumpul 5,707 peserta secara langsung untuk program itu.

Peserta terdiri daripada penuntut sebelum itu berkayuh bermula dari Politeknik Muadzam Shah, Rompin ke Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj (MSAS), di sini, sejauh 170 kilometer, melalui Chini Timur-Paloh Hinai-Kampung Temai.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima sijil pengiktira­fan itu daripada pengasas MBOR, Tan Sri Danny Ooi pada Majlis Perasmian Kempen Solat Subuh Berjemaah dan Penutupan Program Jelajah Masjid Berbasikal Peringkat Pahang di MSAS, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pengarah program jelajah itu, Mohd Rosdi Ripin berkata, program bermula 14 Mac lalu bertujuan memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentinga­n berdakwah dengan mengajak umat Islam menjaga solat berjemaah terutama di masjid dan surau.

“Seramai 100 penuntut lelaki Politeknik Muadzam terbabit dan berkayuh di Masjid Politeknik Muadzam Shah, Rompin, Rabu lalu manakala, 60 pelajar wanita terbabit dengan aktiviti dakwah di masjid yang kami singgah.

“Pendekatan kami adalah mengajak penduduk kampung di sekitar kawasan masjid untuk solat berjemaah selain pengisian dakwah lain,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Abdullah bersama peserta pada Majlis Perasmian Kempen Solat Subuh Berjemaah dan Penutupan Program Jelajah Masjid Berbasikal Peringkat Negeri di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, semalam.
TENGKU Abdullah bersama peserta pada Majlis Perasmian Kempen Solat Subuh Berjemaah dan Penutupan Program Jelajah Masjid Berbasikal Peringkat Negeri di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia