Harian Metro

Kereta hadiah 7A

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

 Suri rumah menang hadiah utama cabutan bertuah cadang beri Perodua Axia kepada anak cemerlang SPM

Seorang suri rumah mahu menghadiah­kan kereta Perodua Axia yang dimenangin­ya kepada anak sulung yang memperoleh keputusan 7A dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu.

Noor Shafiza Mohd Salleh, 40, dari Kampung Rumbia menang hadiah utama itu sempena Karnival Anak Muda Indera Mahkota 2018 di Pantai Batu Hitam yang berakhir, kelmarin.

“Sebelum ini saya memang bercadang untuk beri hadiah istimewa kepada anak, Wan Mohd Firdaus sebagai meraikan kecemerlan­gannya dalam SPM.

“Tapi belum fikir lagi hadiah apa. Saya tidak sangka pula saya menang kereta ini. Jadi bolehlah saya hadiahkan kepadanya.

“Ketika mengisi borang cabutan bertuah itu, ada terlintas di hati saya, jika menang, saya niat untuk beri kepada anak. Alhamdulil­lah dapat,” katanya ketika ditemui, semalam.

Karnival itu dirasmikan, Ketua UMNO Indera Mahkota, Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid dan turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim.

Ibu dua anak itu berkata, walaupun hadiah yang diberikan itu disifatkan agak mahal, dia berharap mampu menjadi perangsang kepada anaknya untuk terus cemerlang dalam akademik.

“Allah makbulkan permintaan saya. Syukur. Hadiah ini akan memudahkan dia sambung belajar nanti, itu saja niat saya.

“Anak saya sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan dia beroleh keputusan cemerlang, jadi tidak salah sekiranya hadiah terbabit diberikan kepadanya,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Faiz berkata, karnival yang dianjurkan itu berjaya mendapat sambutan lebih 10,000 penduduk.

Katanya, ia adalah kejayaan penganjura­n yang berteraska­n semangat berpasukan antara Pemuda UMNO, MCA dan MIC.

 ??  ?? MUSTAFFA Kamal (dua dari kiri) menyerahka­n replika kunci kereta Perodua Axia kepada Noor Shafiza.
MUSTAFFA Kamal (dua dari kiri) menyerahka­n replika kunci kereta Perodua Axia kepada Noor Shafiza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia