Harian Metro

‘Budak dari planet lain’

-

Kuala Lumpur: Seorang pelajar berusia 18 tahun mencetuska­n perbualan di media sosial selepas keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diambilnya tular menerusi Instagram, semalam.

Ihsan Thaqif mengambil SPM sehari sebelum dia menduduki peperiksaa­n semester di Kolej MARA Banting (KMB). Ihsan juga adalah pelajar di Maktab Rendah Sains MARA Parit, Perak.

Ketika mendaftar masuk ke KMB melalui tajaan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ihsan baru saja berusia 17 tahun.

Berita menakjubka­n mengenai pencapaian Ihsan itu mula mendapat perhatian Nur Anis Aqilah yang mula memuat naik status mengenai hal itu di akaun Instagramn­ya.

Nur Anis berkata, walaupun Ihsan sudah diterima untuk melanjutka­n pelajaran di kolej, Ihsan masih perlu menduduki peperiksaa­n SPM.

“Peperiksaa­n SPM berakhir sehari sebelum peperiksaa­n semester bermula.

“Dia perlu menghadiri kelas seperti mana pelajar kolej lain buat pada kebiasaan (dan) belajar semua hal

“Jadi, untuk SPM, dia dan beberapa pelajar IGSCE perlu mencuri masa untuk ulang kaji pelajaran (dan) belajar pada hujung minggu. Dalam bahasa mudah, dia terpaksa belajar dua silibus berbeza pada satu masa. Sembilan subjek untuk SPM dan tujuh subjek untuk IB,” katanya dalam entri yang dimuat naik di akaun Instagram.

Mengulas lanjut, selain terpaksa menyiapkan tugasan yang sukar, Nur Anis berkata, Ihsan berjaya memperoleh 9A+ dalam SPM.

“Terima kasih kepada ibu bapa Ihsan yang membesarka­n dia sebaik mungkin. Dia berhak menerimany­a (keputusan cemerlang). Segala usahanya membuahkan hasil. Idola kepada semua,” katanya.

Dengan pencapaian berganda itu, Nur Anis menyifatka­n Ihsan sebagai ‘budak dari planet lain’.

 ??  ?? STATUS yang dimuat naik oleh Nur Anis mengenai Ihsan mendapat perhatian netizen.
STATUS yang dimuat naik oleh Nur Anis mengenai Ihsan mendapat perhatian netizen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia