Harian Metro

Dua jam keluar jel terus menyamun

-

Tapah: Terdesak untuk mendapatka­n duit, lima lelaki yang baru dua jam dibebaskan dari penjara, menyamun seorang mangsa dan melarikan wang tunai RM2,000, telefon bimbit serta kereta.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari 2 Mac lalu di pejabat MCA Bahagian Tapah di sini, mangsa Setiausaha MCA Bahagian Tapah berusia 62 tahun.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Somsak Din Keliaw berkata, ketika kejadian, mangsa mendakwa didatangi sekumpulan lelaki berkepala botak sebelum dia diikat tangan dan kaki menggunaka­n kabel komputer serta dibaringka­n di atas lantai.

“Kumpulan penyamun itu menyamun wang tunainya berjumlah RM2,000, telefon dan kereta Proton Persona sebelum melarikan diri ke Ipoh,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, susulan itu polis menjalanka­n operasi mengesan suspek dan tiga daripada lima suspek ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di rumah masing-masing 8 Mac lalu manakala seorang lagi ditahan dua hari kemudian.

“Siasatan awal mendapati suspek baru saja dibebaskan dari Penjara Tapah atas kesalahan dadah dan dihantar ke Terminal Bas Tapah kira-kira jam 11 pagi sebelum kejadian.

“Kita percaya semua suspek menyamun mangsa bagi mendapatka­n duit dan kereta yang dilarikan ditemui di sebuah pangsapuri di Buntong, Ipoh,” katanya.

Somsak berkata, pihaknya mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan.

“Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek bernama K Baskaran berusia 51 tahun beralamat di Kampung Kacang Putih, Buntong supaya menyalurka­n maklumat kepada polis,” katanya.

 ??  ?? SOMSAK menunjukka­n Baskaran yang diburu.
SOMSAK menunjukka­n Baskaran yang diburu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia