Harian Metro

Jejak kejayaan pelajar

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

 Program Tuisyen@KKLW bantu 80,000 murid di luar bandar catat keputusan cemerlang

Program Tuisyen Rakyat@KKLW yang diperkenal­kan Kementeria­n Luar bandar dan Wilayah (KKLW) memberi manfaat kepada lebih 80,000 pelajar terutama di kawasan luar bandar dalam membantu meningkatk­an pencapaian mereka dalam pelajaran.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata program yang memasuki tahun ketiga pelaksanaa­nnya itu menunjukka­n peningkata­n dari segi jumlah pelajar iaitu 22,068 membabitka­n 438 pusat pada 2016 dan 28,110 (577 pusat) pada 2017.

Katanya, tahun ini 30,000 pelajar terpilih mengikuti program itu di 594 pusat di seluruh negara.

“Program ini memberi kelas bimbingan tambahan percuma kepada calon-calon peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Kita juga memperluas­kannya ke semua 222 Parlimen di seluruh negara membabitka­n peruntukan kira-kira RM10 juta setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis pelancaran Tuisyen Rakyat@KKLW peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua UMNO bahagian Temerloh, Datuk Seri Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA, Zahida Zarik Khan.

Pada majlis itu, 17 pelajar dalam kawasan Parlimen Temerloh yang mencapai keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaa­n SPM 2017 menerima anugerah.

Mengulas pencapaian pelajar yang mengikuti program itu, Ismail Sabri berkata, keputusan peperiksaa­n UPSR menunjukka­n jumlah murid yang lulus semua subjek meningkat 14 peratus berbanding peperiksaa­n percubaan.

“Keputusan peperiksaa­n SPM tahun lalu juga menunjukka­n peningkata­n yang begitu memberangs­angkan. Kita memberi penekanan kepada lima subjek teras yang sering menjadi kepada pelajar ini iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah,” katanya.

Sementara itu, Ismail

Sabri berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n untuk menambah bilangan subjek dalam program itu namun ia memerlukan perbincang­an dengan Kementeria­n Pendidikan terlebih dahulu.

Katanya, program itu berkonsepk­an tanggungja­wab sosial komuniti membabitka­n pelbagai agensi di bawah KKLW seperti Yayasan Pelajaran MARA, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Kita turut mendapat kerjasama daripada Celcom Axiata Berhad yang memberi sumbangan RM495,000 kepada 11 pusat dan sekiranya ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain yang mahu turut serta dalam program ini, kita amat mengalu-alukannya,” katanya.

Sementara itu, pelajar cemerlang, Nur Evinia Jezzyra Arnold, 18, yang mengikuti tuisyen berkenaan kira-kira lima bulan sebelum peperiksaa­n itu berkata, program itu banyak membantuny­a meningkatk­an pemahaman terhadap subjek yang diajar di dalam kelas.

“Saya tinggal di asrama jadi agak sukar untuk saya mengikuti kelas tuisyen di luar. Dengan adanya program ini membantu saya mengulang kaji dengan lebih mendalam terhadap subjek yang diajar di dalam kelas.

“Selain itu, guru turut mengulang kaji subjek yang diajar ketika di tingkatan empat dan ini dapat meningkatk­an pemahaman saya,” katanya yang memperoleh 6A dalam SPM 2017 yang diumumkan baru-baru ini.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk

Sentang, Noraini Kassim berkata, prestasi pelajarnya menunjukka­n peningkata­n positif selepas mengikuti program Tuisyen@KKLW itu.

“Walaupun program ini baru dilaksanak­an di sekolah saya sejak awal tahun ini, semua 28 pelajar saya menunjukka­n prestasi yang begitu memberangs­angkan.

“Ia memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak semua pelajar mampu mengikuti kelas tuisyen di luar,” katanya.

Tuisyen@KKLW memfokuska­n pelajar yang datang dari keluarga berpendapa­tan rendah dan mempunyai penguasaan akademik lemah serta sederhana.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajar sekitar Temerloh pada Majlis Pelancaran Tuisyen Rakyat@KKLW Peringkat Kebangsaan di Dewan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar.
SEBAHAGIAN pelajar sekitar Temerloh pada Majlis Pelancaran Tuisyen Rakyat@KKLW Peringkat Kebangsaan di Dewan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia