Harian Metro

107 terima anugerah khidmat cemerlang

-

Kuala Lumpur: Komitmen dan dedikasi berterusan 107 kakitangan terhadap majikan mendorong mereka diiktiraf untuk menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bagi tahun 2017, di sini, kelmarin.

Majlis di sebuah hotel itu menobatkan 11 individu dari Kumpulan Pengurusan & Profesiona­l dan 96 dari Kumpulan Pelaksana sebagai penerima.

Seorang penerima APC, Azrin Shah Ismail, 39, yang sudah 15 tahun berkhidmat di LKIM. Dia kini memegang jawatan Timbalan Pengurus Besar di Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) di Batu Caves, dekat sini,

“Ini anugerah kali ketiga kerana sebelum ini saya menerima pada 2005 dan 2008.

“Saya terpilih lagi mungkin kerana prestasi kerja selain mendapat sokongan kakitangan bawahan yang sentiasa membantu melaksanak­an aktiviti dan program diadakan.

“Untuk berjaya, perlukan pengorbana­n masa dan tenaga. Saya tidak pernah merungut walaupun bekerja lebih masa.

“Saya juga berusaha memenuhi kehendak ketua dan kami akan bekerja secara berkumpula­n supaya matlamat tercapai,” katanya.

Penerima membawa pulang Sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang dan Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000.

Anugerah disampaika­n Pengerusi LKIM Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Bagi Pengarah LKIM Negeri Pahang, Rashima Baharuddin, 41, sudah dua kali menerima APC.

Anak jati Pahang itu sudah 15 tahun menabur bakti di LKIM dan bekerja di ‘kampung sendiri’ memberi banyak kelebihan kepadanya.

Rashima antara pengarah wanita terawal dilantik oleh LKIM.

 ??  ?? DR Irmohizam (duduk tengah) bersama penerima APC LKIM 2017, kelmarin.
DR Irmohizam (duduk tengah) bersama penerima APC LKIM 2017, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia