Harian Metro

Promosi produk bawah INFAQ

-

Kuala Lumpur: Menghulurk­an sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik sambil menjana ekonomi menjadi misi serampang dua mata INFAQ Malaysia membantu mempromosi­kan produk keluaran usahawan bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Pengasasny­a, Khairun Nizam Mohammad Yusuff berkata, meskipun pelbagai NGO tempatan aktif menghulurk­an bantuan membantu mangsa bencana tempatan atau pelarian di luar negara belum ada yang mengambil inisiatif seperti itu.

Beliau berkata, pendekatan itu memberi manfaat kepada mangsa dan usahawan yang mungkin mengalami kesukaran dalam memasarkan produk dihasilkan.

“Kami mahu ringankan beban mangsa bencana atau pelarian namun pada masa sama membantu usahawan tempatan yang penghasila­n produk seperti pek makanan dalam tin.

“Kalau produk tempatan ia lebih berkualiti, murah dan terjamin. Selama ini, kita beli produk daripada luar untuk diagihkan kepada golongan sasaran,” katanya.

Khairun Nizam berkata, antara program pernah dianjurkan INFAQ Malaysia ialah membaik pulih bahagian tebing surau Kampung Sumbilingo­n di Kota Marudu, Sabah, agihan dan sumbangan kepada anak muda bermalam di Cebu Madinah Mosque (CMM), Filipina.

Menurutnya, biarpun baru ditubuhkan setahun lalu, usaha pihaknya membantu mangsa yang ditimpa musibah mendapat perhatian masyarakat dengan menghulurk­an dana untuk membiayai program yang dianjurkan.

Dia memberitah­u INFAQ Malaysia menggunaka­n aplikasi WhatsApp untuk berhubung dalam kalangan ahlinya dan ia semakin berkembang.

“Kepada pihak yang berminat menghulurk­an sumbangan boleh mendapatka­n maklumat menerusi laman Facebook infaqrakya­tmalaysia,” katanya.

 ??  ?? KHAIRUN Nizam menyerahka­n sumbangan kepada Kamarudin Azmin di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu.
KHAIRUN Nizam menyerahka­n sumbangan kepada Kamarudin Azmin di Kampung Pengkalan Nyireh, Besut, Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia