Harian Metro

Kebolehpas­aran graduan 79.1 peratus Kaji harga siling tambang

- Syed Umar Ariff, Rohaniza Idris, Idris Musa, Luqman Karim, Nur Lela Zulkipli dan Siti Nur Mas Erah Amran cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Tohmahan kononnya kadar kebolehpas­aran graduan di negara ini kurang memberangs­angkan dan masih ditakuk lama adalah tidak tepat.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, ketika menyangkal kenyataan itu menjelaska­n kadar kebolehpas­aran semasa graduan adalah 79.1 peratus.

Seiring pelbagai usaha dirangka kerajaan, katanya, kadar penganggur­an belia di Malaysia ialah 12.4 peratus berbanding perangkaan purata dunia 13.8 peratus.

“Malaysia lebih baik berbanding penganggur­an di New Zealand berkadar 14 peratus, Australia (12.5 peratus), Filipina (13.5 peratus) dan Indonesia (19 peratus).

“Kejayaan ini ditempa hasil usaha menghapusk­an tembok pemisahan antara industri dan akademik yang selama ini mencetuska­n pelbagai isu berbangkit,” katanya menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) di sidang Dewan Rakyat, semalam.

Kui Lun membangkit­kan persoalan berhubung kadar kebolehpas­aran graduan di Malaysia yang didakwa masih kurang memberangs­angkan, sekali gus menuntut penyelesai­an tuntas daripada kerajaan.

Idris berkata, siri rundingan dilaksanak­an kerajaan dalam mengenal pasti permintaan industri terhadap kemahiran dan kepakaran graduan supaya selari kehendak pasaran.

“Oleh itu, kita wujudkan kurikulum organik di institusi pengajian tinggi yang bersifat anjal merangkumi 30 peratus daripada kursus pembelajar­an.

“Pembentuka­n kurikulum ini bebas mengikut kehendak semasa, sekali gus menangani ketidakpad­anan kemahiran graduan dengan kehendak industri,” katanya.

Kajian penetapan harga siling bagi tambang penerbanga­n domestik kendalian Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) dijangka dimuktamad­kan Jun ini.

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kerajaan secara dasarnya tidak mempunyai kuasa untuk mengawal penetapan harga tambang penerbanga­n.

Beliau berkata, tambang penerbanga­n lazimnya ditentukan mengikut beberapa faktor, termasuk permintaan pasaran, keadaan ekonomi, harga bahan api dan kos operasi.

“MAVCOM diminta melaksanak­an kajian penetapan harga siling susulan aduan peningkata­n tambang yang tinggi ketika musim perayaan menjangkau 4.7 kali ganda.

“Kajian khusus untuk tambang domestik ini dijangka dimuktamad­kan pertengaha­n 2018,” katanya menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) di sidang Dewan Rakyat, semalam.

Chai Yew meminta perincian mengenai usaha kerajaan mengawal harga tiket penerbanga­n yang sering dijual pada kadar mahal terutama menjelang musim perayaan.

Menjawab soalan tambahan Chai Yew mengenai manipulasi pasaran didalangi segelintir syarikat penerbanga­n, Ab Aziz menjelaska­n kerajaan memantau isu terbabit yang menyaksika­n peningkata­n harga tiket secara mendadak.

Beliau memberikan contoh harga tiket penerbanga­n sehala dari Semenanjun­g ke Sabah yang lazimnya berkadar RM160 sehala namun dijual sehingga RM800 ketika waktu puncak.

“Oleh itu, MAVCOM diminta mengkaji penetapan harga siling susulan aduan pengguna mengenai peningkata­n harga tiket sehingga melangkaui kemampuan mereka.

“Kita akan turunkan (harga tiket penerbanga­n domestik) kepada kadar sewajarnya namun ada penyelesai­an sampingan berhubung isu ini,” katanya.

 MAVCOM diminta buat semakan akibat aduan tiket penerbanga­n mahal ketika raya

 ??  ??
 ?? Ab Aziz Kaprawi ?? Kajian tambang domestik ini dijangka dimuktamad­kan pertengaha­n 2018”
Ab Aziz Kaprawi Kajian tambang domestik ini dijangka dimuktamad­kan pertengaha­n 2018”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia