Harian Metro

Negara luar

-

kadar jenayah berulang oleh banduan daripada 9.03 peratus kepada 0.48 peratus dalam tempoh 10 tahun ia dilaksanak­an.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Malaysia sebelum ini mempelajar­i sistem itu daripada Kanada, United Kingdom dan Australia, yang disesuaika­n mengikut cara di negara ini.

“Kita mengambil yang terbaik daripada ketiga-tiga sistem ini. Kini, kita sedia berkongsi dengan mana-mana negara sama ada di ASEAN atau negara lain mengenai kejayaan kita.

“Walaupun kita belajar daripada negara yang lebih maju, namun kejayaan kita melebihi negara yang memulakan sistem ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian selepas menyertai rakaman Program Bual Bicara Orang Diparol di Studio TV Al-Hijrah di sini, semalam.

Beliau berkata, hingga kini, 19,637 orang menjalani parol dan daripada jumlah itu, 2.3 peratus melakukan kesalahan semula.

Ahmad Zahid berkata, antara faktor menyumbang kepada kejayaan sistem parol di Malaysia termasuk penyediaan pusat tahfiz untuk banduan di penjara terpilih dan peluang kepada golongan itu melanjutka­n pelajaran hingga ke peringkat PhD.

Selain itu, beliau juga meminta masyarakat mengubah persepsi negatif terhadap bekas banduan dan memberikan mereka peluang kedua untuk berubah.

Program Bual Bicara Orang Diparol sebanyak 16 siri itu akan mula disiarkan pada 13 April depan dan ia adalah kerjasama antara Kementeria­n Dalam Negeri, Telekom Malaysia (TM) serta TV Al Hijrah bagi memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai sistem parol di Malaysia. Ada kajian dinamik yang digerakkan Barisan Nasional (BN) bagi memilih calon yang benar-benar layak untuk ditampilka­n parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata, BN sudah menjalanka­n kajian dinamik terhadap nama yang dicadangka­n akar umbi, bahagian dan negeri untuk mewakili parti itu.

Beliau berkata, tiga aspek utama diberikan tumpuan iaitu kesedaran pengundi terhadap potensi seseorang itu sebagai calon, penerimaan mereka dan daya kemenangan calon.

“Kajian ini bukan bergantung kepada badan sedia ada, tetapi dilakukan secara dinamik, ertinya ia bukan kajian rambang.

“Jika di satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen itu tidak ada calon yang boleh diterima masyarakat, kita lakukan pilihan kedua,” katanya.

Dr Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian selepas menyertai rakaman Program Bual Bicara Orang Diparol di Studio TV Al-Hijrah di sini semalam.

Ahad lalu, Najib memaklumka­n, BN akan menamakan calon

PRU-14 lebih awal bagi membolehka­n masalah berbangkit di sesuatu kawasan ditangani lebih cepat.

Akhbar NSTP pada 13 Mac lalu melaporkan bahawa BN terutama UMNO akan melakukan langkah berkenaan, sekali gus memecah tradisi yang diamalkan selama ini.

Ahmad Zahid berkata, langkah di luar kotak yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN itu adalah amalan yang baik dan sesuai untuk PRU-14 dan pilihan raya seterusnya.

“Lazimnya, calon BN diumum sehari sebelum penamaan calon atau mendapat watikah pada malam sebelum penamaan calon, namun ia tidak lagi sesuai dilakukan. Langkah mengumumka­n calon lebih awal ini bagi mempersiap siagakan calon itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia