Harian Metro

Penubuhan PU, PGU jawab tohmahan

-

Jaya: Kewujudan Pangkalan Udara (PU) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sendayan di Negeri Sembilan dan Pangkalan Semenanjun­g Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Subang, semalam dijangka mampu menjawab pelbagai tohmahan negatif terhadap kerajaan selama ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaksanaa­n operasi di kedua-dua aset keselamata­n negara itu juga, sekali gus menjawab persoalan yang dimainkan media atas talian melalui kaedah tidak tradisiona­l dan konvension­al selama ini.

“Kita lihat media (ini) menimbulka­n persepsi yang amat negatif, sebahagian daripada kita pun yang beruniform mempunyai prasangka yang begitu kerana apabila sesuatu berita diulang-ulang, pasti ia ke minda dan lekat di hati kita.

“Tetapi, peristiwa hari ini (perasmian PGU) dan perasmian PU Sendayan membuktika­n semua tuduhan, semua berita palsu, semua anggapan negatif adalah sesuatu yang harus ditolak oleh kita dan rakyat keseluruha­nnya kerana kejayaan kita dilihat sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan PGU PDRM Subang di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan menangkis tanggapan negatif segelintir masyarakat itu bagaimanap­un bukanlah pendekatan defensif kerajaan atau bersifat

(sindrom penafian). “Saya tahu, zaman kerajaan betul semua, benar semua sudah berlalu. Era kerajaan tahu semua juga sudah berlalu. Saya bersetuju dengan pegangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai perkara ini.

“Tetapi, kita harus mengakui, bahawa biarpun sesuatu yang baru itu pasti mengikut teori berdasarka­n beberapa kajian dan hipotesis (bahawa) ia sentiasa ada 12 peratus (menolak) dalam mana-mana masyarakat mengenai reputasi terhadap idea baru, produk baru dan perkara baru.

“Oleh itu, minda kita harus bertukar, sikap dan perlakuan kita harus berubah dalam keadaan yang dibalingka­n gelombang yang besar kepada kita,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata, PGU PDRM yang dulunya dikenali sebagai Unit Udara Polis sejak penubuhann­ya pada 1 Januari 1979 kini memiliki 31 pesawat udara dan 11 helikopter.

“Semoga dengan adanya aset baru ini, PGU mampu menggalas tanggungja­wab yang lebih besar dan memainkan peranan sebagai sebuah unit kepolisan udara bertaraf dunia,” katanya.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid memeriksa kawalan kehormat ketika hadir pada Majlis Perasmian Pangkalan Udara (PGU) PDRM Subang, semalam.
DR Ahmad Zahid memeriksa kawalan kehormat ketika hadir pada Majlis Perasmian Pangkalan Udara (PGU) PDRM Subang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia