Harian Metro

Teladani ketaatan Ummu Zufar

 Contoh Muslimah yang sentiasa jaga aurat walaupun sering ditimpa penyakit

- Penulis ialah pensyarah Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Islam sangat memelihara kehormatan seseorang wanita. Sebab itu banyak ayat dalam al-Quran menyentuh hal dunia wanita.

Antara kandungan yang begitu dititikber­atkan Islam adalah menyuruh wanita menutup aurat.

Aurat wanita adalah mahkota peribadi yang tidak boleh dijual beli atau ditayang untuk tatapan umum.

Isteri Rasulullah SAW, Saidatina Aishah ada menceritak­an, pada suatu ketika, Asma binti Abu Bakar datang menemui baginda mengenakan pakaian nipis, lantas baginda berpaling daripadany­a seraya bersabda, ‘Asma, apa ini?’ Sesungguhn­ya jikalau wanita sudah mencapai usia haid (baligh), tidak ada yang layak terlihat kecuali ini dan ini.’ Baginda menunjukka­n ke arah wajah dan telapak tangan Baginda.’ (Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi)

Namun, ramai dalam kalangan Muslimah hari ini khususnya gadis memperliha­tkan aurat mereka, seolah-olah urusan menutup aurat itu satu pilihan.

Hendak tutup boleh, tidak mahu tutup pun bukan isu yang perlu diperdebat­kan kerana menganggap ia urusan pemilik tubuh itu sendiri.

Berbicara mengenai aurat wanita Muslimah, terdapat satu kisah mahsyur berlaku kepada seorang wanita dikenali Ummu Zufar.

Nama sebenarnya ialah Su’airah Al-Asadiyyah. Beliau seorang Muslimah berasal dari Habsyah atau Ethiopia di Afrika.

Meskipun berkulit hitam, tetapi iman dan ketaatanny­a kepada Allah SWT dan

Rasul begitu mendalam.

Beliau sentiasa memakai jilbab dan memelihara dirinya. Dalam situasi apa pun, beliau sentiasa memelihara auratnya.

Tetapi, beliau sering dihidapi penyakit ayan atau nama saintifikn­ya, Epilepsi.

Itu menyebabka­nnya berasa amat risau terutama ketika waktu diserang penyakit itu, auratnya akan terbuka tanpa disedari.

Atha’ bin Abi Rabbah menceritak­an, ‘Ibnu Abbas berkata kepadaku, “Apakah kamu mahu aku perlihatka­n wanita penghuni syurga?”

Lalu aku segera menjawab, ‘Sudah pasti, wahai Ibnu Abbas.’

Kemudian, Ibnu Abbas berkata lagi, “Lihatlah wanita berkulit hitam itu, dia pernah pergi menemui Rasulullah SAW dan memberitah­u baginda,

‘Wahai Rasulullah, aku menderita penyakit ayan dan ketika penyakit itu menyerang, tanpa disedari terbuka auratku kerana tidak sedarkan diri dan kejang.”

Ummu Zufar merayu Rasulullah mendoakan supaya penyakit yang dihadapiny­a itu sembuh.

Rasulullah sebaliknya bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu mampu bersabar, maka kamu akan memperoleh syurga dan apabila kamu ingin aku doakan, maka Allah akan memberikan kesembuhan kepadamu.”

Begitu dua pilihan yang diberikan baginda SAW kepadanya. Apakah pilihan wanita mulia itu?

Adakah dia tetap mahu baginda terus mendoakan supaya sembuh atau memilih sabar dalam berhadapan masalah penyakit yang boleh mengganggu auratnya?

Kata wanita bakal penghuni syurga itu di hadapan Rasulullah: ‘Wahai Rasulullah, aku ingin bersabar, tetapi apabila penyakit itu datang auratku terbuka. Maka doakanlah supaya auratku tidak pernah terbuka.’ Lalu Rasulullah mendoakann­ya. (Hadis Riwayat Muttafaqun ‘Alaih)

Itu watak sebenar wanita Muslimah yang pastinya mendapat reda Allah.

Berlainan dengan segelintir wanita pada masa kini, mereka berani mendedahka­n aurat atas alasan itu hak peribadi mereka.

Tidak kurang juga ada yang taasub dengan kecantikan sanggup mengubah ciptaan Allah dengan memotong alis mata kerana mahukan wajah menjadi lebih anggun dan bergaya.

Ada juga berhujah, perlu membuka aurat dan menggayaka­n fesyen tertentu atas faktor keperluan kerjaya.

Betapa tipisnya rasa akur kepada perintah Allah hingga aspek sepenting menutup aurat diletak tepi sahaja.

Di dalam surah Al-Ahzab, ayat 59, Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Nabi. Suruhlah isterimu, anak perempuan serta wanita-wanita yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya. Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihan­i.”

Usah menyimpan persepsi Islam begitu menyempitk­an ruang kehidupan wanita. Sebaliknya, apa yang diperintah­kan itu adalah demi memelihara kehormatan dan kemuliaan mereka.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia