Harian Metro

Risaukan nasib isteri, anak

- DARI MUKA R25

“Kedua-dua mereka adalah pelawak. Arwah Abang Din meninggal kerana sakit manakala Pak Yus pula pergi secara mengejut dalam keadaan sihat.

“Saya terbayangk­an isteri dan anak pada waktu itu. Apa akan berlaku kepada mereka sekiranya saya pergi dulu,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n pengalaman melihat beberapa isteri rakannya dijanjikan pelbagai janji manis ketika baru kehilangan suami tercinta.

Namun, janji itu sekadar kata-kata kosong yang hanya meredakan keresahan keluarga buat seketika.

“Ramai yang cakap mahu tolong itu ini tetapi sudahnya tiada seorang pun yang tampil membantu meringanka­n beban keluarga si mati.

“Itulah yang saya risaukan jika apa-apa berlaku kepada diri ini. Terfikir apa akan jadi pada anak isteri dan bagaimana mereka akan harungi harihari mendatang,” katanya.

Ajak ada tergerak hati untuk memperlaha­nkan kerjaya seni namun apabila kembali sihat pemilik nama sebenar Mohamad Hanaffi Razak ini berasakan pada usia 32 tahun, dia perlu bekerja keras.

“Industri seni kita sekarang berkembang dengan pantas. Bayangkan, dalam sebulan saja, kadangkada­ng boleh muncul dua artis baru. Saya perlu bekerja keras untuk terus kekal relevan.

“Saya sentiasa berfikir cara untuk hasilkan idea baru bagi memantapka­n karier. Disebabkan itu, saya hadir dengan single solo pertama berjudul Ging Gang Guli ciptaan Hafiz Hamidun,” katanya.

Mengulas lanjut lagu itu, Ajak berkata ia berkonsep komedi dan lagu rakyat.

“Lagu itu diinspiras­ikan daripada lagu jamboree pengakap ketika zaman persekolah­an saya.

Lirik saya hasilkan sendiri apabila ia bercerita mengenai rumah tangga dan kekeluarga­an,” katanya.

Kata Ajak, dia terpanggil untuk menghasilk­an lagu komedi kerana tidak ramai penyanyi berani mengetenga­hkan karya sebegitu.

“Kalau dulu, kita ada lagu Ayam yang dipopulark­an Jalil Hamid. Selain itu, ada juga lagu Gali Lubang Tutup Lubang nyanyian Salih Yaacob.

“Sekarang dah tak ada lagu sebegitu dan memandangk­an saya adalah pelawak serta ada peluang berkarya dalam bidang muzik, apa salahnya cuba mengembali­kan lagu sebegitu,” katanya.

Ajak bagaimanap­un menegaskan, dia tidak menyasarka­n lagu ini menang dalam mana-mana pertanding­an atau acara anugerah.

“Tidaklah sampai ke situ, cukuplah sekiranya saya mampu menyebarka­n aura positif dan pendengar tercuit hati mendengar lagu ini,” katanya.- Syafil Syazwan Jefri

Ajak gusar kenangkan keluarga arwah rakan diberikan janji kosong

 ??  ?? Ramai yang cakap mahu tolong itu ini tetapi sudahnya tiada seorang pun yang tampil membantu meringanka­n beban keluarga si mati
Ramai yang cakap mahu tolong itu ini tetapi sudahnya tiada seorang pun yang tampil membantu meringanka­n beban keluarga si mati

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia