Harian Metro

Feeya cuba suasana baru

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Stesen radio Suria FM mengumumka­n

Feeya Iskandar sebagai penyampai baru segmen Menu Suria yang sebelum ini dikendalik­an Brian.

Terdahulu, Feeya yang lebih dikenali dengan gelaran Cik Piah bertugas di Sinar FM sebelum meninggalk­an stesen radio itu Januari lalu.

Dalam segmen Menu Suria, Feeya berkongsi petua kekeluarga­an, kesihatan, kecantikan dan perkembang­an terbaru industri hiburan.

Bercerita keputusann­ya menyertai Suria FM, Feeya, 30, mengakui mahu keluar dari zon selesa dengan mencuba suasana baru.

“Tawaran menjadi penyampai Suria FM datang sebelum kontrak dengan stesen radio lama tamat.

“Lagipun, waktu ke udara bermula jam 10 pagi, jadi mudah untuk saya fokus dengan anak.

“Sebelum ini, saya bekerja jam 3 petang hingga 7 malam dan kurang ada masa bersama mereka,” katanya ketika ditemui di Jelajah Suria, IOI Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

Feeya, 29, berkata dia tiada masalah mengendali­kan segmen Menu Suria seorang diri kerana sudah ada pengalaman.

“Sewaktu awal menceburi bidang ini, saya sudah diberi kepercayaa­n untuk mengendali­kan segmen seorang diri.

“Sekiranya ada rakan gandingan nanti pun seronok juga kerana dapat bergurau senda,” katanya.

Namun, ibu kepada dua anak ini mengakui segmen terbabit mencabar kerana perlu banyak membaca.

“Saya perlu menggali banyak informasi dan menyampaik­an serta maklumat tepat kepada pendengar,” katanya.

Ujar Feeya, peminatnya sudah tidak sabar menanti hari pertamanya di Suria FM, selepas dua bulan berehat.

“Peminat memberitah­u sudah rindu mendengar suara saya.

“Diharapkan saya dapat buat yang terbaik untuk segmen Menu Suria,” katanya.

Sementara itu, Suria FM akan menemui pendengar setia mereka menerusi jelajah di dua lokasi iaitu Mydin Seremban 2 pada Sabtu ini dan akan berakhir di Mydin Mutiara Rini, Johor pada 31 Mac.

Jelajah Suria di IOI City Mall, Putrajaya, Ahad lalu menampilka­n barisan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira, Zulin Aziz, Fizi Ali, DJ Lin, Brian, Bob Ringgo, Suraya, Tyzo dan Cik Piah.

Penonton dihiburkan dengan persembaha­n Syamel, Elyana, Lan Solo, Ismail Izzani, Aziz Harun dan Nizam Laksamana.

Maklumat lanjut mengenai jelajah Suria boleh diperolehi menerusi laman sesawang rasmi Suria FM, www. suria.my.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia