Harian Metro

FENDY ENGGAN MALUKAN DIRI

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Tahun ini hampir enam tahun Mohd Affandi Nor Bakri, 29, atau Fendy Bakri berada dalam industri hiburan tempatan.

Walaupun sudah menjayakan lebih 10 drama dan dua filem, namanya belum hangat dalam pasaran.

Sehinggala­h drama Kerna Syurga Bukan Percuma (KSBP) dan telefilem Teksi Love yang bersiaran awal tahun ini barulah namanya mula meniti di bibir peminat.

“Bagi saya, ia bergantung pada rezeki dan masa. Masing-masing mempunyai laluan dan liku berbeza. Selepas Hero Remaja 2012, saya bermula dari bawah dengan mengambil watak tambahan sahaja.

“Saya mahu tonjolkan diri kerana bakat bukan melalui isu panas atau sensasi,” kata anak jati Perlis ini.

Katanya, istilah kecewa tidak wujud dalam dirinya sepanjang memilihan laluan perlahan ke puncak.

Apatah lagi, banyak perkara yang dipelajari baik ilmu hidup mahupun persekitar­an dalam industri hiburan membantu melonjak kerjayanya saat ini.

Dia berterima kasih kepada Zeel Production dan pengarah Osman Ali yang membuka ruang buatnya menceburi bidang lakonan.

Diakui, sejak awal kemunculan, dia sering bawa watak berbeza dengan imej yang pelbagai.

“Mungkin sebab itu orang tidak berapa mengenali saya, tak sama penampilan di dalam dan luar lakonan. Selalunya orang hanya cakap, seperti pernah nampak tetapi di mana?” katanya ketawa.

Dalam lakonan terbaru, Fendi dilihat selesa menghidupk­an watak ustaz seperti dalam drama KSBP dan Destinasi Ukhwah.

Ditanya bagaimana watak sebegitu mampu memberi kelainan untuk memperluas­kan kepelbagai­an lakonannya, Fendy ada alasan sendiri.

“Watak ini sebenarnya membantu saya dalam mengenali dan lebih menghayati lakonan. Setiap watak baik ada karakter dan sikap yang berbeza.

“Sebab itulah, setiap perlakuan dan watak harus dijaga. Perkara paling merisaukan adalah jika saya terbabit dalam perkara yang memberikan contoh tidak baik pada golongan remaja dan masyarakat,” katanya.

Ketika diminta memberi komen mengenai segelintir artis yang mengambil pendekatan berani mencipta atau mendekatka­n diri dengan isu sensasi untuk popular, Fendy berkata itu bergantung pada niat seseorang.

“Lain orang lain pendekatan­nya. Ada yang mahu cepat popular dan tidak kisah memalukan diri sendiri dengan cerita yang bukan-bukan. Saya pula lebih selesa mengikut arus takdir,” katanya.

Seronok berbual pencapaian peribadi yang tercalon dalam anugerah hiburan seperti Top 5 Artis Baru Meletop di Anugerah MeleTop Era (AME) 2018, Fendy akui sudah persiapkan diri untuk terus kekal releven di dalam industri.

Katanya, komunikasi sangat penting di dalam industri untuk memastikan segalanya lancar, bermula daripada selebriti itu sendiri, kemudian pihak produksi, stesen TV, wartawan dan masyarakat.

Jauh di sudut hati, Fendy juga ada impian iaitu mahu lakonannya meninggalk­an kesan mendalam di hati penonton.

“Saya ingin memberikan kualiti terbaik di dalam apa saja bidang yang diceburi. Lebih-lebih lagi lakonan yang beri impak besar kepada penonton.

“Ya! Sebagai penghibur, seharusnya saya berusaha memberikan yang terbaik apabila mendapat kepercayaa­n penerbit dan stesen TV,” katanya.

Fendy kini terikat dengan penggambar­an drama adaptasi novel berjudul Mr Grey untuk saluran Astro Mega Drama yang akan ditayangka­n April ini.

Selain itu, dia juga bakal bergelar pengacara sebuah program travelog yang memaparkan lokasi menarik di Thailand.

Peminat yang mahu mengetahui lebih lanjut perkembang­an terbaru pelakon ini, boleh layari laman sosialnya di Facebook, Twitter dan Instagram dengan carian @FendyBakry atau @ProkuyaStu­dios.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia