Harian Metro

TAMAN TEMA BERSEPADU

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Nama taman tema air bersepadu paling terkenal di Malaysia, Sunway Lagoon yang dibuka sejak 1992 sememangny­a menjadi destinasi impian kanak-kanak untuk menikmati sendiri keseronoka­n yang disediakan di sana.

Mempunyai lebih 90 tarikan terdiri daripada pelbagai permainan air, tunggangan, taman ekstrem, zoo, restoran dan hotel menjadikan taman teman itu serba lengkap sebagai percutian bersepadu yang boleh dikunjungi orang ramai.

Boleh dikatakan, taman tema itu mempunyai pelbagai konsep tarikan dan permainan yang boleh disertai pelbagai peringkat umur serta sesuai untuk orang ramai bersantai ketika waktu senggang ataupun musim cuti sekolah. Pantai buatan seluas 1,200 meter persegi (13,000 kaki persegi) yang mempunyai gelombang ombak seperti berada di pantai sebenar yang dikenali sebagai Surf Beach sememangny­a menjadi tumpuan kepada pengunjung.

Selain itu, ada juga taman tema mini seperti SpongeBob Splash Adventure dan Nickelodeo­n Lost

Lagoon yang mempunyai pelbagai permainan air yang disediakan khas buat pengunjung kecil terutama peminat watak kartun popular itu.

Apabila bercerita mengenai taman tema, tidak lengkap rasanya jika ia tidak mempunyai aktiviti air ekstrem untuk golongan dewasa atau remaja. Sunway Lagoon mempunyai banyak permainan air, aktiviti tali tinggi dan turut popular dengan permainan tunggangan ekstrem.

Antara yang paling menarik perhatian dalam aktiviti tali tinggi misalnya terjunan bungee yang disediakan Bungy Malaysia bagi orang ramai mencabar keberanian diri untuk terjun pada ketinggian 21 meter ke arah kolam.

Mengenai keselamata­n, tidak perlu khuatir kerana mereka mempunyai kru berpengala­man selain sangat berhati-hati dalam menyediaka­n pelbagai peralatan dan keperluan untuk ‘bermain’ cabaran berkenaan.

Sekiranya rasa tidak begitu cukup ekstrim dengan terjunan bungee, terdapat satu aktiviti tunggangan yang mampu mencabar rasa ‘ngeri’ dengan bermain GForce X.

GForce X memerlukan sepasang pemain duduk di dalam ruang tunggangan berbentuk sfera dan kru yang bertugas akan menghidupk­an suis mesin tunggangan, seterusnya melantunka­n pemain ke udara setinggi 72 meter dengan kelajuan 120 kilometer sejam!

Taman tema seluas kira-kira 35 hektar itu juga mempunyai zoo mini iaitu Taman Hidupan Liar Sunway Lagoon yang dihuni pelbagai hidupan liar dan unggas yang ‘bersedia untuk berkenalan’ dengan semua pengunjung terutama kanak-kanak.

Sempena musim cuti sekolah kali ini, Sunway Lagoon menawarkan aktiviti percutian keluarga bagi melihat sendiri anak harimau putih yang dilahirkan di taman hidupan liarnya iaitu Sam dan Elsa yang berusia empat bulan.

Anak pasangan harimau Samson dan Asha yang berbulu putih serta mata biru itu dipelihara dalam taman hidupan liar berkenaan sejak Ogos 2016.

Kini haiwan itu bersedia untuk beraksi di hadapan pengunjung sempena kempen menerokai hidupan liar, Walk & Hunt yang berlangsun­g pada 17 hingga 25 Mac ini. Kedua-dua anak harimau putih yang comel itu berbeza gelagat dan rupa.

Sam mempunyai jalur yang lebih padat di dahi, aktif bermain dan kelihatan lebih penyayang.

Orang ramai berpeluang melihat keletah kedua-dua anak harimau itu ketika cuti sekolah pada jam 10.30 pagi, 12.30 tengah hari dan 4.30 petang.

Malah Walk & Hunt juga menyediaka­n pelbagai aktiviti interaktif seperti memburu maklumat berkenaan hidupan liar dengan menyertai teka teki.

Di samping sibuk merakam gambar menarik, pengunjung juga boleh memperluas­kan pengetahua­n mengenai haiwan yang ada di situ.

Setiap pengunjung akan diberikan sijil penyertaan dan berpeluang melihat persembaha­n haiwan pada acara Wildlife Theatre’s Wildlife Multi-Animal Show.

Lebih menarik, pengunjung boleh mendapatka­n pelbagai barangan bertemakan hidupan liar sebagai sebahagian daripada kenangan ketika cuti sekolah.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Sunway Lagoon dan difahamkan pengunjung memerlukan sekurangku­rangnya dua hari untuk mencuba semua permainan serta melawat pelbagai tarikan lain di sini.

 ??  ?? SUNWAY Lagoon menawarkan lebih 90 tarikan dan
tunggangan untuk pengunjung
SUNWAY Lagoon menawarkan lebih 90 tarikan dan tunggangan untuk pengunjung
 ??  ?? TERJUNAN bungee mencabar
keberanian mereka yang gemarkan aktiviti ekstrem
di Sunway Lagoon
TERJUNAN bungee mencabar keberanian mereka yang gemarkan aktiviti ekstrem di Sunway Lagoon
 ??  ?? AKTIVITI gelongsor air antara
perkara wajib dicuba.
AKTIVITI gelongsor air antara perkara wajib dicuba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia