Harian Metro

SERLAH MALAYSIA DI BERLIN

-

Malaysia bakal menjadi rakan negara rasmi bagi acara pertunjuka­n perdaganga­n pelanconga­n peneraju dunia, ITB Berlin pada tahun depan dalam usaha mempromosi­kan tarikan pelanconga­n dan kebudayaan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Pelantikan sebagai rakan negara rasmi itu dipersetuj­ui pada Jun tahun lalu ketika berlangsun­g mesyuarat ITB China di Shanghai yang diwakili Timbalan Pengarah Besar (Promosi), Datuk

Seri Abdul Khani Daud dan Ketua ITB Berlin, David Ruetz serta disaksikan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Majlis pelantikan berkenaan yang diadakan pada 11 Mac lalu menyaksika­n Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Siew Ka Wei menerima ‘baton’ daripada rakan rasmi negara 2018 dari Jerman.

Dr Siew berkata, menerusi persetujua­n itu, Malaysia berpeluang untuk mengadakan majlis pembukaan pada 5 Mac tahun depan di CityCube Berlin. Selain itu, pada 6 hingga 10 Mac tahun depan di ITB Berlin, Malaysia akan menyediaka­n pelbagai program dan acara yang menarik kepada pengunjung.

Beliau berkata, kerjasama itu membantu menonjolka­n negara sebagai destinasi utama pelancong ke Asia Tenggara, sekali gus meningkatk­an kehadiran dan perbelanja­an pelancong ke Malaysia.

“Pelanconga­n adalah antara aspek penting kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan kami mengenal pasti ia juga menjadi sebahagian strategi membangunk­an kawasan luar bandar, mencipta peluang pekerjaan dan memperkena­lkan budaya kepada masyarakat dunia.

“Kerjasama ini juga dapat memperkena­lkan pelancong asing kepada aset pelanconga­n Malaysia terutama membabitka­n khazanah alam serta masyarakat,” katanya

 ??  ?? DR Siew (kanan) pada majlis penyerahan rakan negara bagi ITB Berlin pada tahun depan.
DR Siew (kanan) pada majlis penyerahan rakan negara bagi ITB Berlin pada tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia