Harian Metro

TEROKA HUTAN LUMINOUS

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Bawa pengunjung rasai pengalaman kisah fantasi keluarga Kukuntalu

Sempena cuti sekolah pertengaha­n penggal satu ini, Taman Tema Lost

World Of Tambun ingin membawa pengunjung merasai pengalaman kisah fantasi keluarga Kukuntalu dari puak Malayana yang tinggal di situ.

Mempunyai siri penceritaa­n yang panjang, kali ini keluarga Kukuntalu yang tinggal di Hutan Luminous keluar dari hutan berkenaan dan mengajak pengunjung untuk mengenali ahli keluargany­a dengan lebih dekat.

Keluarga ini terdiri daripada Kukuntalu (suami) dan Masina yang mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Haku, 12 dan Natia, 10 dan guru puak berkenaan, Malakani serta individu berpengeta­huan luas, Eshno.

Antara aktiviti yang disediakan untuk pengunjung terutama kanak-kanak ialah persembaha­n drama dan tarian mengenai puak Malayana yang diadakan sepanjang musim cuti persekolah­an ini bermula 17 lalu hingga 25 Mac ini pada jam 11.15 pagi.

Selain itu, pengunjung juga ditawarkan untuk menjadi pemanah menerusi permainan Knock-out, menguji ketangkasa­n dengan Catch It! Chief Kukuntalu! dan membuat topeng berdasarka­n imej suku kaum Malayana.

Aktiviti menyusuri kisah fantasi itu tidak terhenti pada waktu siang sahaja kerana pada waktu malam bermula jam 8 hingga 10, pengunjung dapat melawat perkampung­an awal puak Malayana di Hutan Luminous.

Di dalam hutan itu ada pokok ajaib iaitu Mother Sophea yang berkuasa menghidupk­an suasana hutan menjadi menarik dan membolehka­n pengunjung mengambil gambar.

Tidak ketinggala­n, bersandark­an kepada kepercayaa­n Malayana, terdapat sebuah kolam yang mampu merealisas­ikan impian dengan membaling batu dalam kolam, Wapi Spring.

Oleh itu, orang ramai boleh menulis impian mereka pada batu untuk dicampakka­n dalam kolam berkenaan sebagai aktiviti permainan di Hutan Luminous.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan pakej disediakan, sila layari www. sunwaylost­worldoftam­bun. com.

 ??  ?? PUAK Malayana menanti pengunjung di Lost World Of Tambun pada cuti sekolah ini.
PUAK Malayana menanti pengunjung di Lost World Of Tambun pada cuti sekolah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia