Harian Metro

JAUHI SI TALAM DUA MUKA

- Nor Hanisah Kamaruzama­n

Kawan sejati sanggup bersama anda ketika susah atau senang

Kawan adalah seseorang yang boleh dipercayai, dihormati dan jujur. Selain keluarga, tidak kira di sekolah, universiti atau tempat kerja kawan adalah individu yang mewarnai dan menceriaka­n kehidupan.

Namun, dalam dunia realiti tidak semuanya indah. Ada yang hadir dalam kehidupan kita sebagai kawan tapi lebih berbisa daripada musuh.

Kawan yang berpurapur­a dan dengki seperti ini lebih sinonim dengan gelaran ‘talam dua muka’. Lebih bahaya daripada musuh, kawan seperti ini lebih sesuai digambarka­n ‘gunting dalam lipatan’.

Gen Y kongsi tip untuk mengesan si talam dua muka agar anda lebih berhati-hati dalam memilih kawan.

1. Kerap mengumpat

Satu petanda si dia memang bermuka-muka adalah apabila mengumpat menjadi satu perkara yang wajib setiap kali berjumpa. Kadangkala, orang yang anda tidak kenali atau tiada kaitan dalam hidup anda turut menjadi bahan umpatannya.

Perlu diingat, sekiranya dia selalu bergosip mengenai keburukan orang, tidak mustahil kejelikan anda pula menjadi bualan ketika bersama orang lain.

SebaiK-baiknya, pekakkan telinga ketika si dia berbicara dan elak bergosip dengan ‘kawan’ seperti ini atau lebih baik, kurangkan waktu bersamanya.

2. Baik ada makna

Punca atau motif awal kawan bermuka-muka ini mendekati seseorang biasanya kerana mereka memerlukan sesuatu.

Mungkin sebelum ini, terang dan nyata si dia tidak sukakan pada anda namun

cuba

berbaik kerana mahukan sesuatu atau menghilang­kan kesunyiann­ya.

Golongan seperti ini juga licik dan pandai memanipula­si orang lain. Jadi anda perlu berani katakan tidak kepada permintaan­nya.

Jangan cepat termakan pujukan dan kuatkan hati. Ingat, ada ramai individu lain yang lebih positif dan jujur boleh dijadikan kawan sejati.

3. Pentingkan diri sendiri

Individu yang menggelar diri mereka kawan tapi bermuka-muka ini juga mementingk­an diri sendiri.

Sekiranya anda memerlukan pertolonga­n, biasanya dia akan cuba mengelak kerana dianggap akan menyusahka­n dirinya.

Kawan sejati adalah yang sanggup bersama anda ketika susah dan senang, suka atau duka. Jadi tidak rugi jika anda menghindar­i kawan seperti ini.

4. Suka mencari perhatian

Orang yang suka bermuka-muka cenderung untuk tampil sempurna, baik dan terpuji di hadapan khalayak ramai.

Apabila berbicara, dia ingin semua orang mendengar apa yang diperkatak­annya kerana mahu kelihatan penting di mata semua orang.

Dalam semua situasi, dialah yang paling penting. Jadi, setiap kali anda ingin memulakan bicara pasti diabaikan kerana anda dianggap tidak penting.

5. Kuat cemburu

Kejayaan anda adalah kemusnahan bagi si talam dua muka. Kawan seperti ini tidak suka mendengar mahupun melihat kejayaan anda.

Dia mungkin tidak menunjukka­nnya dan berpura-pura mengucapka­n tahniah tapi dalam diam dia mengeji kejayaan anda.

Kawan yang baik akan sentiasa menyokong dan gembira dengan kejayaan anda. Malah bersedia menerima kekurangan anda. Dia yang suka bermuka-muka hanya akan bertepuk tangan apabila tahu anda dalam kesusahan.

Sebaik-baiknya, elak bercerita kisah peribadi atau urusan kerja kepada kawan begini untuk mengelakka­n anda menjadi bahan umpatan.

Kesimpulan­nya, bijaklah memilih kawan. Percayalah, hidup anda akan lebih tenang, positif dan ceria tanpa si talam dua muka!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia