TUKAR SAMPAH JADI ‘BATA EKO’
60 sukarelawan bergabung kumpul 200 kilogram sisa
domestik Saya menganggarkan kedatangan sukarelawan sekitar 20 orang, tetapi tidak menyangka lebih 60 orang sanggup meredah hujan pada awal pagi bagi menjayakan program ini
“Pantai ini adalah antara lokasi rekreasi paling hampir boleh diakses dari Kuala Lumpur dan menjadi tanggungjawab semua untuk menjaganya. Saya gembira apabila ramai yang turun bersama keluarga mengutip sampah dan membersihkan pantai.
“Satu lagi objektif Guardians of Mother Earth tercapai iaitu menerusi visi kami ‘recyclereconnect-restore’ bagi mewujudkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga. Selain bersamasama membersihkan pantai, ia juga akan mengeratkan hubungan kekeluargaan yang akan membuatkan kita berasa gembira,” katanya.
Sukarelawan dari Let’s Do It Malaysia, Mohd Faisal Abdul Rani turut mengambil kesempatan mengajar peserta mengenai amalan pengurusan sisa domestik dengan cekap.
Faisal berkata, dalam membersihkan pantai dan mengumpulkan sisa domestik, satu aspek yang penting ialah meminimumkan jumlah sampai dikutip dihantar ke tempat pembuangan sampah kerana sesetengahnya boleh disisihkan dan dikitar semula.
“Dalam tempoh dua jam sukarelawan bergotongroyong sepanjang pantai awam itu sebanyak
200 kilogram sampah terkumpul. Meskipun berjaya membersihkan pantai, objektif menjaga alam sekitar masih tidak tercapai kerana sampah ini dibuang dan dibakar. Kesan pencemaran lain pula berlaku dan mungkin lagi teruk daripada sebelumnya.
“Jadi saya mengajar sukarelawan untuk menukar sampah ini kepada sesuatu berguna termasuk menghasilkan ‘bata eko’ iaitu sampah tidak boleh terlerai secara semula jadi seperti plastik disumbat dalam botol minuman plastik. Bata eko ini boleh menjadi material binaan alternatif yang tahan lama,” katanya.
Selain Faisal, wakil dari iCycle Au Yong turut memperkenalkan mekanisme pengurusan sampah yang perlu diamalkan di setiap isi rumah. Malah, dia tampil mengagihkan plastik khas untuk sisa boleh dikitar semula.
Turut diadakan aktiviti senaman ringkas oleh Pengasas Guardians of Mother Earth, Susee Ram untuk membantu peserta lebih santai selepas selesai kerja membersihkan pantai. Nurul Husna Mahmud
-