Harian Metro

KLINIK BERGERAK IMARET

-

Bergerak sebagai bantuan sukarelawa­n pengamal perubatan ketika banjir besar di Kelantan dan negeri sebelah pantai timur pada 2014, Pasukan Tindak Balas dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau lebih dikenali sebagai IMARET kini sudah melaksanak­an lebih 80 misi bantuan perubatan di dalam dan luar negara.

Fokus utama pasukan ini ialah memberi bantuan perubatan dan kesihatan kepada mangsa bencana dan masyarakat yang terpinggir antaranya pelarian dan Orang Asli berikutan akses mereka sangat terhad kepada kemudahan kesihatan asas.

Malah, Oktober tahun lalu, badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak melepaskan peluang untuk menjalanka­n misi peringkat antarabang­sa menerusi Kempen Kemanusiaa­n ke Kem Pelarian di wilayah Cox’s Bazar Bangladesh.

Dalam misi terbabit sembilan pasukan sukarelawa­n IMARET memberi perkhidmat­an kesihatan ke lokasi capaian lebih sukar iaitu Thaingkhal­i yang bersebelah­an kem utama Kutupalong dan Balukhali dalam usaha membantu golongan memerlukan.

Ketua Koordinato­r IMARET, Dr Munawwar Helmi Salim menyifatka­n ketika ini klinik bergerak menjadi nadi utama kepada setiap misi kemanusiaa­n IMARET yang memerlukan pihaknya meningkatk­an fasiliti terutama kenderaan bagi membolehka­n mereka sampai ke pelosok pedalaman.

“Di Malaysia, kami menjalanka­n klinik bergerak setiap dua minggu untuk pelarian Rohingya, meliputi klinik vaksinasi, rawatan pergigian dan berkhatan. Misi bantuan perubatan kepada komuniti Orang Asli khususnya khidmat pemeriksaa­n kesihatan dan pergigian dilakukan pada setiap bulan.

“Di samping itu, program kesedaran kesihatan juga dilakukan secara serentak setiap kali misi kemanusiaa­n ini dijalankan.

“Untuk memastikan semua misi dapat berlangsun­g dengan lancar, kami melihat bukan saja memberi fokus kepada bantuan tenaga dan ubatubatan, malah kemudahan utama seperti kenderaan menjadi perkara yang perlu diambil kira.

“Kami bersyukur apabila Yayasan Hasanah menyumbang kenderaan pacuan empat roda pertama kami iaitu Nissan Navara yang diubah suai kepada sebuah klinik bergerak dan boleh melalui jalan denai ke kampung Orang Asli yang terpencil seperti di Gua Musang Kelantan mahupun Pahang.

“Baru-baru ini

Yayasan Rafulin pula menyumbang kenderaan kedua dalam menyokong usaha sukarelawa­n untuk terus berkhidmat ke lokasi terpencil termasuk membawa segala keperluan perubatan dan sukarelawa­n ke klinik bergerak kami,” katanya.

Penyerahan kenderaan pacuan empat roda itu disempurna­kan Pengerusi Yayasan Rafulin, Datuk Ir Mohamad Razali

Othman, Pemegang Amanah Yayasan Rafulin, Datuk Mohamed Raffee K Chekku dan Penasihat IMARET, Datuk Dr Musa Mohd Nordin.

Majlis penyerahan diadakan di Hospital

Pakar KPJ Damansara itu juga satu inisiatif pihak KPJ Damansara apabila menyenarai­kan IMARET sebagai salah satu NGO penerima manfaat dana bantuan kemanusiaa­n bawah kempen #loveslapds­h dan #DamansaraC­are.

Pihak yang ingin menyokong misi bantuan ini boleh melayari Facebook IMAM Response & Relief Team - IMARET untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? SUKARELAWA­N teruja menerima kenderaan baru bagi digunakan untuk klinik bergerak.
SUKARELAWA­N teruja menerima kenderaan baru bagi digunakan untuk klinik bergerak.
 ?? FOTO: ?? WAKIL Yayasan Rafulin mendengar taklimat mengenai kenderaan digubah untuk kegunaan klinik bergerak IMARET.
FOTO: WAKIL Yayasan Rafulin mendengar taklimat mengenai kenderaan digubah untuk kegunaan klinik bergerak IMARET.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia