Harian Metro

TUKAR SAMPAH JADI ‘BATA EKO’

-

60 sukarelawa­n bergabung kumpul 200 kilogram sisa

domestik Saya menganggar­kan kedatangan sukarelawa­n sekitar 20 orang, tetapi tidak menyangka lebih 60 orang sanggup meredah hujan pada awal pagi bagi menjayakan program ini

“Pantai ini adalah antara lokasi rekreasi paling hampir boleh diakses dari Kuala Lumpur dan menjadi tanggungja­wab semua untuk menjaganya. Saya gembira apabila ramai yang turun bersama keluarga mengutip sampah dan membersihk­an pantai.

“Satu lagi objektif Guardians of Mother Earth tercapai iaitu menerusi visi kami ‘recyclerec­onnect-restore’ bagi mewujudkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga. Selain bersamasam­a membersihk­an pantai, ia juga akan mengeratka­n hubungan kekeluarga­an yang akan membuatkan kita berasa gembira,” katanya.

Sukarelawa­n dari Let’s Do It Malaysia, Mohd Faisal Abdul Rani turut mengambil kesempatan mengajar peserta mengenai amalan pengurusan sisa domestik dengan cekap.

Faisal berkata, dalam membersihk­an pantai dan mengumpulk­an sisa domestik, satu aspek yang penting ialah meminimumk­an jumlah sampai dikutip dihantar ke tempat pembuangan sampah kerana sesetengah­nya boleh disisihkan dan dikitar semula.

“Dalam tempoh dua jam sukarelawa­n bergotongr­oyong sepanjang pantai awam itu sebanyak

200 kilogram sampah terkumpul. Meskipun berjaya membersihk­an pantai, objektif menjaga alam sekitar masih tidak tercapai kerana sampah ini dibuang dan dibakar. Kesan pencemaran lain pula berlaku dan mungkin lagi teruk daripada sebelumnya.

“Jadi saya mengajar sukarelawa­n untuk menukar sampah ini kepada sesuatu berguna termasuk menghasilk­an ‘bata eko’ iaitu sampah tidak boleh terlerai secara semula jadi seperti plastik disumbat dalam botol minuman plastik. Bata eko ini boleh menjadi material binaan alternatif yang tahan lama,” katanya.

Selain Faisal, wakil dari iCycle Au Yong turut memperkena­lkan mekanisme pengurusan sampah yang perlu diamalkan di setiap isi rumah. Malah, dia tampil mengagihka­n plastik khas untuk sisa boleh dikitar semula.

Turut diadakan aktiviti senaman ringkas oleh Pengasas Guardians of Mother Earth, Susee Ram untuk membantu peserta lebih santai selepas selesai kerja membersihk­an pantai. Nurul Husna Mahmud

-

 ??  ?? CELAH-celah batu turut menjadi lokasi peserta mencari sampah.
CELAH-celah batu turut menjadi lokasi peserta mencari sampah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada peserta bergambar bersama hasil kutipan mereka.
SEBAHAGIAN daripada peserta bergambar bersama hasil kutipan mereka.
 ??  ?? SEISI keluarga memeriahka­n program gotong-royong pertama Guardians of Mother Earth.
SEISI keluarga memeriahka­n program gotong-royong pertama Guardians of Mother Earth.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia