Harian Metro

PELUANG MENANG WANG TUNAI

-

Kool FM perkenal program Super Karoks Bonanza sehingga 6 April ini

Stesen radio Kool FM memperkena­lkan Super Karoks Bonanza kepada pendengar setia untuk memenangi wang tunai RM500.

Caranya mudah sahaja iaitu pendengar hanya perlu meneka tajuk dua lagu dan penyanyiny­a.

Peraduan itu sudah pun bermula semalam dan pendengar boleh mencuba nasib sehingga 6 April ini.

Selain itu, semasa Waktu Bonus, pendengar boleh memenangi wang tambahan sebanyak RM1,000 sekiranya dapat memberi jawapan tepat.

Nantikan isyarat untuk membuat panggilan Super Karoks Bonanza yang berlangsun­g sepanjang hari di Kool FM.

Ia menampilka­n penyanyi Elly Mazlein, Hazama dan Elyana yang bertindak sebagai ejen Super Karoks Bonanza.

Ketua Program Kool

FM, Nik Nor Azura berkata peraduan itu adalah kesinambun­gan Super Karoks musim pertama dan kedua yang dianjurkan sebelum ini.

“Super Karoks menerima sambutan hangat pendengar dan juga artis yang terbabit pada musim lalu.

“Kali ini, kami memperhalu­si dan menambah baik setiap aspek dalam menyajikan pengisian yang terbaik dengan memberi peluang kepada pendengar untuk memenangi wang tunai,” katanya.

Untuk informasi lanjut, layari laman web rasmi www.koolfm.com.my serta laman sosial media rasmi stesen radio Kool FM di YouTube: Kool TV, Facebook: Kool FM, Instagram dan Twitter: @koolfmmy.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia