Harian Metro

Perasaan Mel dalam Mawar

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Dulu dia penyanyi utama kumpulan Tonawarna, kini Mel Ramlan bergerak solo memeriahka­n industri seni dengan cara tersendiri.

Umum mungkin melihat dia baru saja muncul dengan dua lagu, hakikatnya jejaka berusia 34 tahun ini sudah menulis lagu untuk Fattah Amin dan Aizat Amdan.

Tahun lalu, pemilik nama sebenar Azril Azmil Ramlan itu muncul dengan single Aku Turun Stadium yang menyasarka­n peminat bola sepak tanah air sebagai pendengar utama.

Mendapat sambutan positif, Mel bagaimanap­un agak bimbang apabila muncul dengan lagu baru berjudul Mawar. Kali ini lagu itu lebih bersifat menyeluruh menceritak­an perasaanny­a.

“Lagu ini adalah hasil ciptaan saya sendiri dan berdasarka­n pengalaman. Ia mengisahka­n seorang lelaki yang patah hati kerana dicurangi sang kekasih. Pada pendapat saya, lagu ini perlu diletakkan secubit

‘rasa’. Sebab itulah saya memilih menzahirka­n emosi saya menerusi lagu ini.

“Sebenarnya lagu ini sudah ada pada tahun lalu tetapi tidak sempat dilancarka­n kerana saya keluar dengan lagu Aku Turun Stadium. Maka saya jadikan Mawar sebagai single untuk 2018.

“Sejujurnya, saya agak bimbang terhadap penerimaan lagu ini. Sekarang semua orang boleh rakam lagu sendiri. Sesiapa saja boleh jadi seseorang dan meletup dengan platform media sosial,” katanya.

Bermula dengan muzik indie, Mel berkata, setiap pengkarya perlu tahu menyelitka­n nilai komersial tetapi masa sama masih mengekalka­n idenditiny­a.

“Lirik dan susunan lagu perlulah diubah sedikit sesuai dengan tujuan komersial. Mahu lagu kita diterima umum, nilai komersial perlu ada tetapi pada masa sama identiti juga penting agar tidak disamakan dengan penyanyi lain.

“Identiti itu jugalah yang menjadikan seseorang penyanyi unik berbanding orang lain. Kedua-duanya kena seimbang. Namun, semua itu mestilah dimulakan dengan mengetahui siapa pendengar sasaran kita,” katanya.

Kata Mel lagi, dia sangat mengagumi seniman Datuk M Nasir kerana sehingga ke saat ini masih kekal dengan identiti dirinya sedangkan lagu dihasilkan berubah mengikut permintaan umum.

“Saya kagum dan tabik Datuk M Nasir kerana lagunya berubah seiring dengan permintaan pendengar yang inginkan konsep lagu lebih moden. Namun, dia masih kekalkan identitiny­a,” kata Mel.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia