Harian Metro

Kata Akhirmu mampu bersaing

- INTER MEZZO Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan @hmetro.com.my

Saya menggemari lagu berentak balada. Sebelum

hadir dengan single pertama

ini, saya juga banyak menghasilk­an lagu cover dan kebanyakan­nya

adalah balada Melodinya ada kekuatan tersendiri dan diserasika­n dengan kemantapan vokal Ariff

Lagu: Kata Akhirmu

Penyanyi: Ariff Bahran Komposer: Sang Hitam, Rudy Kasmaran & Jimmy Asmara

Lirik: Rudy Kasmaran & Jimmy Asmara

Terbitan & edaran: Rusa Marketing Sdn Bhd

Pertama kali mendengar lagu berjudul Kata Akhirmu dendangan penyanyi baru Ariff Bahran adalah menerusi drama bersiri Cinta Hati Batu.

Dalam hati tertanyata­nya mengenai penyanyi muda berusia 20 tahun ini. Telinga tertarik dengan melodi baladanya yang membuai.

Dihasilkan tiga komposer iaitu Sang Hitam, Rudy Kasmaran dan Jimmy Asmara,

Kata Akhirmu seperti mengimbau zaman kegemilang­an lagu berentak sebegini.

Apa yang mampu dikatakan, Kata Akhirmu yang dilancarka­n pada pertengaha­n November lalu mungkin mampu bersaing sengit dengan lagu baru daripada genre sama.

Melodinya ada kekuatan tersendiri dan diserasika­n dengan vokal Ariff yang mantap. Apabila diamati, vokal penyanyi ini mampu ‘menembak’ beberapa nada tinggi.

Dari segi lirik, Rudy Kasmaran dan Jimmy Asmara menterjema­hkan kisah mengenai rayuan seorang lelaki kepada wanita yang tidak mahu menerimany­a cintanya.

Namun, wanita itu terus dengan egonya dan berkeras untuk menolak cinta daripada lelaki terbabit. Itu membuatkan lelaki itu hanya mampu mengungkap­kan katakata terakhir buatnya.

Menurut Ariff, balada adalah genre kegemarann­ya sejak dulu.

“Saya menggemari lagu berentak balada. Sebelum hadir dengan single pertama ini, saya juga banyak menghasilk­an lagu cover dan kebanyakan­nya adalah balada,” katanya.

Sehingga kini, video muzik Kata Akhirmu yang dimuat naik ke YouTube pada 20 November lalu sudah ditonton lebih 5.5 juta kali.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia