Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV2, 9 malam Sekali Ku Lafazkan Cinta TV3, 7 malam TIADA ARAH JODOH KITA TV3, 10 malam MELANKOLIA

Mengisahka­n Hakimi berkahwin dengan

Nurlisa selepas bersetuju dengan desakan ibu bapa masing-masing yang risau mengenai jodoh anak mereka apabila usia kian meningkat.

Mereka bercinta selepas berkahwin dan bahagia dikurniaka­n seorang anak lelaki bernama Aqil.

Satu hari berlaku kejadian tidak terduga apabila Nurlisa jatuh selepas diragut ketika bertemu Alia. Dia koma untuk tempoh yang lama. Hakimi berkorban menjaga Nurlisa di hospital dan mengambil cuti tanpa gaji.

Alia rasa bersalah dan sering melawat Nurlisa serta menjaga Aqil. Hakimi menolak cadangan ibu dan mentuanya untuk menjodohka­nnya dengan Alia.

Selepas enam bulan, Nurlisa sedar daripada koma dan diberitahu pengorbana­n dan kesetiaan suaminya. Beliau meminta Hakimi mengahwini Alia sebelum beliau meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan.

Pelakon: Arja Lee, Sari Yanti, Leeza Zain, Lia Natalia dan Mak Wan

Pia memarahi Fayyad kerana masih mengganggu­nya. Aisha juga bengang dengan Fayyad kerana mempunyai niat jahat meruntuhka­n rumah tangga orang lain.

Pelakon: Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Livonia, Elfaeza Ul Haq dan Erwin Dawson

Syakira dan Anita terkejut melihat Suhana tercegat depan pagar rumah. Mereka hairan Suhana membawa beg pakaian.

Pelakon: Nonny Nadirah, Aliff Aziz, Amir Nafis dan Nurazneera Azizi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia