Harian Metro

Bina universiti Darussyifa’

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Malaysia (Darussyifa’) dalam perancanga­n menubuhkan sebuah universiti khusus sebagai pusat pengajian perubatan Islam pertama di negara ini.

Pengerusin­ya Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya melakukan perancanga­n teliti merealisas­ikan penubuhan universiti itu, sekali gus mengembang­kan ilmu perubatan Islam berdasarka­n Ruqyah Syariah.

Beliau berkata, bagi tujuan itu pihaknya bekerjasam­a dengan Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS) khususnya bagi merangka modul pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

“Kami menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) dengan KUIS mengenai penyediaan tenaga pengajar.

“Selain itu, kami menubuhkan koperasi dan Yayasan Darussyifa’ bagi mengumpul dana membina institusi pengajian tinggi (IPT) itu kelak.

“Sekarang ini kami menunggu

 Persatuan cadang tubuh pusat pengajian perubatan Islam pertama Malaysia

wang dikumpul disalurkan pembinaan universiti, namun mengambil masa bagi memohon pengecuali­an cukai,” katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Haji 1439H/ 2018 dan Dua Hari Bersama Darussyifa di Masjid Ar Rahman di sini. Hadir merasmikan majlis itu Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Ramlan Askolani.

Abdul Rahman berkata, perancanga­n itu dianggap sebagai penyambung perjuangan pengasas persatuan berkenaan Allahyarha­m Datuk Dr Haron Din yang mahu mengembang­kan ilmu perubatan Islam.

“Usaha ini dilihat tidak sukar kerana Darussyifa’ mempunyai ramai pelajar dan terus menjadi tumpuan bagi yang mahu mendapatka­n rawatan alternatif selepas ditubuhkan 30 tahun lalu,” katanya.

 ??  ?? RAHMAN (tujuh dari kiri) bersama peserta pada Penutup Kursus Asas Haji di Masjid Ar Rahman Kuala Lumpur.
RAHMAN (tujuh dari kiri) bersama peserta pada Penutup Kursus Asas Haji di Masjid Ar Rahman Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia