Harian Metro

Lelaki, 4 wanita dalang minta sedekah tumpas ‘Cewek’ bangga pandu tren

- Asmah Rusman asmah_rusman@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kegiatan sindiket meminta sedekah didalangi warga Rohingya yang menjadikan 11 kanak-kanak sebagai pengemis sejak tiga bulan lalu tumpas apabila ditahan anggota Skuad Taktikal Khas 3, Pasukan Tindakan Khas Antimaksia­t, Judi dan Gengsteris­me (STAGG) Bukit Aman dalam Ops Som-Pengemis Warga Rohingya di Bukit Bintang, di sini, kelmarin.

Ketika ditahan dalam operasi jam 11 malam itu lima penjaga iaitu seorang lelaki dan empat wanita serta 11 kanak-kanak terbabit berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain.

Bagaimanap­un, alasan itu tidak berkesan berikutan STAGG terlebih dulu sudah mengecam kumpulan pengemis berkenaan melalui risikan dan pemantauan sejak November tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, dalam operasi itu tujuh kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan warga Rohingya berusia antara dua hingga 16 tahun yang dikerah sebagai peminta sedekah diselamatk­an.

Katanya, kanak-kanak terbabit dipaksa lima penjaga mereka untuk meminta sedekah dan menjual tisu kepada orang ramai sejak tiga bulan lalu.

Katanya, STAGG yang menyedari kegiatan itu kemudian melakukan pemantauan dan risikan bagi mengenal pasti aktiviti harian serta lokasi penginapan mereka.

“Modus operandi kumpulan peminta sedekah itu setiap hari adalah dengan menjual tisu dan surah Yasin kepada orang ramai sekitar Bukit Bintang dan KLCC selain meminta derma.

“Bertindak atas maklumat dikumpul malam tadi (kelmarin) kita menggerakk­an pasukan untuk menahan mereka,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Nadzri berkata, setiap hari kumpulan warga Rohingya terdiri daripada 11 kanak-kanak bersama lima penjaga akan menaiki bas dari rumah mereka di sebuah flat di Jalan Ampang sekitar jam 7 malam ke Bukit Bintang dan KLCC.

Indri Yulia Erlanita dan Amalia Hasanah Nur Ahlina antara lima pemandu tren wanita Mass Rapid Transit (MRT) Jakarta yang menamatkan program latihan Pemandu Tren Metro Profesiona­l kendalian Akademi Rel Rapid Rail.

Menurut kenyataan media yang dikeluarka­n Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) setakat ini, MRT Jakarta yang bakal beroperasi tahun depan itu mempunyai 90 pemandu tren.

Dua wanita itu adalah kumpulan keempat daripada lapan kumpulan yang mengikuti latihan di bawah kontrak yang ditandatan­gani Prasarana dengan Akademi Perkeretaa­pian Indonesia (API) tahun lalu.

Indri, 23, dari Lampung, Sumatera mengakui, bangga memilih kerjaya sebagai pemandu tren dan tidak pernah kekok berganding­an dengan rakan kerja lelaki.

Katanya, sebagai pemandu tren perkhidmat­an berkenaan mereka menjadi perintis kepada pembanguna­n rel urban di Indonesia sekali gus menjadi pemangkin kepada perkembang­an ekonomi dan aktiviti perniagaan negara.

“Kami mempunyai tanggungja­wab yang besar untuk membuktika­n kemampuan kaum wanita dalam bidang ini.

“Saya berharap rakyat Indonesia, khususnya warga kota Jakarta akan menyokong projek ini yang dilihat mampu mencetus transforma­si sistem pengangkut­an awam dan membantu menyelesai­kan masalah trafik,” katanya, semalam.

Sementara itu, rakannya, Amalia, 23 dari Boyolali, Jawa Tengah berharap projek MRT Jakarta dapat dikembangk­an ke seluruh Indonesia untuk manfaat rakyat negara itu.

Mengulas mengenai program latihan berkenaan, Ketua Jabatan Pengurusan Projek untuk Operasi dan Penyelengg­araan MRT Jakarta, Masum Asim berkata, beliau gembira dengan keputusan API memilih Prasarana dan Akademi Rel.

Katanya, pemilihan Prasarana adalah tepat kerana kepakaran syarikat itu dalam menyediaka­n program latihan yang mantap kepada staf MRT Jakarta.

Pada majlis itu, sijil tamat latihan disampaika­n Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Khairani Mohamed.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Ampang, Abdul Hadi Amran dan Ketua Akademi Rel, Zaki Mohamad.

 5 wanita antara pengendali MRT Jakarta tamat latihan di Akademi Rel Rapid Rail

 ??  ?? INDRI Yulia (kanan) dan
Amalia Hasanah menunjukka­n sijil tamat latihan dengan Akademi Rel.
INDRI Yulia (kanan) dan Amalia Hasanah menunjukka­n sijil tamat latihan dengan Akademi Rel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia