Harian Metro

9 hidap gejala kencing tikus Hutan Lipur Gunung Belumut ditutup sementara

- Mohamed Farid Noh am@hmetro.com.my

Jabatan Kesihatan Negeri Johor sedang menyiasat sembilan sekeluarga yang dipercayai mempunyai gejala penyakit kencing tikus atau Leptospiro­sis selepas mereka bercuti di Pusat Rekreasi Hutan Lipur Gunung Belumut, bulan lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, ia berikutan dua beradik berusia tujuh dan lima tahun yang menyertai percutian tiga hari bersama 28 ahli keluarga lain disahkan menghidap Leptospiro­sis selepas ujian darah dilakukan minggu lalu.

Katanya, dua kanak-kanak terbabit pada mulanya dimasukkan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai pada 23 Februari lalu berikutan mengalami muntah dan cirit-birit sebelum dibenarkan pulang keesokan harinya.

“Namun ujian darah kedua yang dilakukan Selasa lalu mendapati dua beradik itu disahkan positif menghidap kencing tikus namun berada dalam keadaan stabil.

“Ujian darah kedua dibuat selepas Pejabat Kesihatan Kluang memaklumka­n terdapat dua kes kencing tikus berasingan pada Januari dan bulan lalu.

“Percutian keluarga itu disertai 30 orang termasuk dua kanak-kanak itu pada 16 sehingga 18 Februari lalu dan kita sedang menyiasat sembilan ahli keluargany­a selepas mereka menunjukka­n gejala sama iaitu muntah dan cirit birit,” katanya, semalam.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Kluang diarahkan membuat kajian menyeluruh di pusat rekreasi terbabit dan mengeluark­an arahan

Kluang: Pusat Rekreasi Hutan Lipur Gunung Belumut ditutup sementara untuk semua kegiatan mulai kelmarin selepas dua pengunjung dipercayai dijangkiti kencing tikus.

Pegawai Daerah Kluang, Mohd Noh Ibrahim berkata, notis berkenaan dikeluarka­n Pejabat Kesihatan Daerah Kluang bagi membolehka­n siasatan menyeluruh dilakukan di Gunung Belumut.

“Saya mengesahka­n Pusat Rekreasi Hutan Lipur Gunung Belumut ditutup sementara sehingga tarikh yang akan diumumkan kemudian.

“Orang ramai diminta patuh terhadap arahan yang dikeluarka­n itu bagi membolehka­n pihak berkuasa melakukan pemeriksaa­n di situ,” katanya di sini semalam.

Pejabat Kesihatan Daerah Kluang semalam mengeluark­an notis penutupan sementara pusat rekreasi berkenaan bagi tujuan kajian leptospiro­sis bagi memastikan kawasan itu bebas penyakit berjangkit.

“Kami menjalanka­n kuasa di bawah Seksyen 18(1) (d)Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988, memerintah­kan penutupan seluruh kawasan Pusat Rekreasi Hutan Lipur Gunung Belumut,” katanya.

 Jabatan Kesihatan siasat keluarga bercuti di Pusat Rekreasi Hutan Lipur Gunung Belumut

penutupan sementara.

Ayub berkata, berikutan laporan kes Leptospiro­sis Januari lalu, lima sampel air gunung dan empat sampel tanah sudah dianalisa Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru yang mendapati dua sampel berkenaan positif penyakit itu.

Katanya, antara tindakan diambil Jabatan Kesihatan Negeri Johor termasuk memasang papan tanda amaran kesihatan di pintu masuk kawasan.

Beliau berkata, persampela­n semula air dan tanah di

lokasi perkhemaha­n dan tempat mandi Gunung Belumut akan dijalankan bagi kes terkini sama ada situasi bertambah teruk atau sebaliknya dan pemasangan perangkap tikus juga akan dibuat.

“Aktiviti gotong-royong oleh Pejabat Hutan Kluang, badan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa pihak berkaitan juga akan dijalankan secepat mungkin.

“Memandangk­an kawasan rekreasi itu tiada bekalan air bersih ia meningkatk­an risiko penyakit jangkitan melalui kulit,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai tidak mengendahk­an larangan penutupan operasi Pusat Rekreasi Gunung Berlumut dengan mandi di luar kawasan pusat berkenaan.
ORANG ramai tidak mengendahk­an larangan penutupan operasi Pusat Rekreasi Gunung Berlumut dengan mandi di luar kawasan pusat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia