Harian Metro

Remaja maut terjatuh kereta api

-

Beaufort: Remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas terjatuh daripada kereta api yang sedang bergerak di Batu 62, dekat sini, petang semalam.

Pada kejadian itu, remaja itu dipercayai parah selepas kepalanya terhempas akibat terjatuh daripada kereta api itu.

Akibatnya, dia meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

Beliau berkata, berdasarka­n laporan awal, remaja itu duduk di tepi tangga antara dua gerabak dalam keadaan kakinya menghala ke luar kereta api.

“Kaki mangsa dikatakan tiba-tiba tersangkut pada kayu berhampira­n landasan.

“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhempas lalu meninggal dunia,” katanya kepada NSTP. Seramai 2,000 pesakit kronik hepatitis C bakal menikmati rawatan antiviral secara percuma di 18 hospital kerajaan seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, daftar

Kementeria­n Kesihatan merekodkan ada 23,000 pesakit hepatitis C di negara ini.

Beliau berkata, rawatan yang dimulakan sejak dua minggu lalu mampu memberi manfaat untuk tempoh jangka panjang kepada lebih 400,000 pesakit di seluruh negara.

“Rawatan itu pencapaian terbaik negara kerana menjadi negara pertama di gunakan di dunia menggunaka­n compulsory licence (CL) untuk rawatan hepatitis C.

“Ubat generik ini memberi makna besar kepada negara dan pesakit,” katanya.

 ??  ?? REMAJA perempuan yang maut terjatuh dari kereta api, petang semalam.
REMAJA perempuan yang maut terjatuh dari kereta api, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia