Harian Metro

‘Mereka tiada niat jahat’

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diberitahu Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mempunyai niat jahat apabila membuat kenyataan berhubung pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram.

Peguam Kanan Persekutua­n, Nor Mastura Ayob ketika berhujah berkata, ke- dua-dua defendan (Khalid dan Ismail Sabri) membuat kenyataan selepas isu itu sudah dikritik oleh orang ramai termasuk ahli parti politik yang turut meminta Nurul Izzah membuat penjelasan.

“Fakta bahawa gambar Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bersama Jacel Kiram iaitu anak Jamalul Kiram III yang mengetuai penceroboh­an di Lahad Datu, Sabah pada 2013 menjadi tular di media sosial tidak disangkal.

“Kedua-dua defendan membuat kenyataan itu selepas ditanya oleh wartawan berhubung tindakan Nurul Izzah itu. Ketika itu ia menjadi tanggungja­wab Khalid kerana ia membabitka­n keselamata­n negara dan kepentinga­n awam. Ismail Sabri pula seorang menteri dan pemimpin negara,” katanya.

Sementara itu, peguam R Sivarasa yang mewakili Nurul Izzah berkata, Ismail Sabri membuat tanggapan yang salah apabila mendakwa pertemuan itu sebagai dirancang.

“Ia menjadi beban kepada pihak defendan untuk membuktika­n dakwaan itu. Bagaimanap­un defendan gagal berbuat demikian.

“Kenyataan kedua-dua defendan itu adalah fitnah dan berniat jahat. Defendan diberi peluang untuk memberi penjelasan, bagaimanap­un mereka tidak memanggil saksi untuk menyangkal­nya,” katanya.

 ??  ?? KHALID
KHALID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia