Harian Metro

‘Saya pecah kereta dihalau dari rumah’ Emas halimunan

- Amin Ridzuan Ishak nesw@nstp.com.my

Jaya: Seorang penghantar makanan didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memecahkan cermin kereta milik abangnya, dua bulan lalu.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhka­n hukuman itu terhadap Norjumain Ishak, 28, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintah­kan lelaki itu menjalani hukuman tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin hadapan bahagian pemandu, cermin kiri dan kanan bahagian penumpang serta cermin belakang kereta Proton Saga milik Norjuharis Ishak, 37.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Depoh LRT Lembah Subang, Jalan PJU 1A/36, di sini pada jam 1.30 pagi, 28 Januari lalu, mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh kerana ia membabitka­n hubungan adik-beradik dan tidak seharusnya berlaku kekerasan.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf serta masih menanggung bapanya.

“Saya juga bertindak sedemikian kerana abang saya menghalau saya keluar dari rumah itu,” katanya.

Berdasarka­n fakta kes, mangsa sedang tidur menerima gambar cermin keretanya dipecahkan menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh jirannya.

Jiran mangsa melihat tertuduh melakukan perbuatan itu. Mangsa yang terkejut dengan gambar itu kemudian membuat laporan polis.

Seorang ibu tunggal dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dakwaan menipu dengan menawarkan pelaburan emas tidak wujud sehingga menyebabka­n kerugian RM39,469 tahun lalu.

Umi Morny Mokhtar 32, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan Kuala Lumpur: Seorang pengurus kewangan agensi hartanah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menyamun seorang pengurus hotel membabitka­n kerugian RM18,000 Disember tahun lalu.

Low Lye Huat, 38, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama lapan lagi yang masih bebas didakwa menyamun dua telefon bimbit iPhone 6 Plus di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzama­n.

Dia yang tinggal di Lorong Seri Damai 14, Impian Perdana, di sini, dituduh melakukan penipuan terhadap Wan Norfazila Wan Zainal Adzwan, 44, untuk mendorongn­ya menyerahka­n RM39,469.25 bagi urusan pelaburan emas yang tidak wujud.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 12.01 tengah malam 4 Julai 2017 dan jam 11.59 malam, 7 Julai 2017 di kediaman Wan Norfazila di Lorong Tas Ria 19, Taman Tas Ria, di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.

Pada prosiding itu, pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizat Amadan manakala tertuduh diwakili peguam, Mohamad Hamizey Mohd Taib.

Sementara itu, Mohamad Shahrizat meminta mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 bagaimanap­un Mohamad Hamizey meminta jumlah itu dikurangka­n kepada RM4,500.

Ini kerana anak guamnya itu tidak mempunyai pendapatan tetap dan perlu menanggung anak berusia empat tahun.

 Ibu tunggal tak mengaku tipu mangsa RM39,469

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia