Harian Metro

Seminit buat jahat

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

 Lelaki rugi RM3,000 cermin tingkap kereta dipecah pencuri

Seorang lelaki mengambil masa hanya seminit untuk menyelongk­ar kereta mewah yang diletakkan di depan sebuah rumah di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.41 pagi itu, suspek terbabit yang menaiki kereta Perodua Myvi memecahkan cermin tingkap bahagian pemandu kereta Toyota GT86 berkenaan sebelum menyelongk­ar barangan di dalamnya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kejadian disedari mangsa lelaki berusia 27 tahun ketika dia keluar dari rumahnya pada jam 8.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati ada beberapa barangan milik mangsa dilaporkan hilang termasuk kad pengenalan, kamera dan peralatan kereta dianggarka­n bernilai RM3,000.

“Berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu, kami mendapati hanya seorang suspek lelaki terbabit dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohamad Roy berkata, pihaknya giat mengesan lelaki terbabit berdasarka­n rakaman CCTV diperoleh.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

Rakaman CCTV itu yang memaparkan seorang lelaki menaiki Perodua Myvi hitam memecahkan cermin tingkap kenderaan berkenaan turut tular di Facebook, sejak kelmarin.

Dalam rakaman itu, seorang lelaki dilihat memberhent­ikan kereta Perodua Myvi dinaikinya bersebelah­an kenderaan berkenaan sebelum dilihat beredar dari kawasan terbabit selepas memecahkan cermin tingkap kereta itu dan melarikan beberapa barangan berharga.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV memaparkan suspek memecahkan cermin tingkap kereta di Jalan Genting Klang.
RAKAMAN CCTV memaparkan suspek memecahkan cermin tingkap kereta di Jalan Genting Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia