Harian Metro

Tikam ibu disuruh makan ubat

-

Berang selepas disuruh makan ubat, seorang lelaki pesakit mental menikam ibunya menggunaka­n pisau di rumah mereka di Jalan Batu Bata Off Jalan Tun Razak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Ong Beng Lee, 52, cedera di bahagian dada kanan manakala suspek berusia 33 tahun cedera di bahagian dada kiri selepas menikam dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.45 pagi.

“Ketika kejadian, hanya suspek dan mangsa berada di rumah sebelum insiden itu didengari jiran mereka yang membantu wanita berkenaan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, polis mendapati mangsa yang juga pekerja pembersiha­n sudah dibawa ke hospital, manakala suspek masih berada di rumah.

“Suspek bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) yang tiba di lokasi kejadian menyebabka­n seorang anggota polis melepaskan tembakan renjatan elektrik menggunaka­n ‘taser’.

“Suspek berjaya ditahan jam 9.46 pagi dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatka­n rawatan selepas menikam diri sendiri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Shaharudin berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam ibunya kerana berang apabila diminta mengambil ubat rawatan penyakit mental dialaminya selepas tiga hari enggan berbuat demikian.

“Berdasarka­n kad rawatan suspek, polis mendapati kali terakhir dia menerima rawatan bagi penyakit mental pada Khamis lalu dan rawatan seterusnya pada 1 Mei nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia