Harian Metro

Akauntan kelentong sewa rumah

-

Seorang akauntan dipercayai terbabit dalam kes penipuan sewa rumah dan bilik sejak Januari lalu ditahan polis di Puchong Prima, Selangor, malam kelmarin.

Hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s membongkar kegiatan suspek wanita berusia 42 tahun itu di kawasan Brickfield­s dan Cheras, selain di Johor dan Perak.

Ketua Polis Daerah Brickfield­s Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, suspek memuat naik iklan rumah atau bilik untuk disewa di sebuah laman web untuk menjerat mangsa.

Katanya, mangsa yang berminat menghubung­i suspek untuk mengatur pertemuan bagi melihat sendiri lokasi rumah berkenaan.

“Susulan itu, suspek akan membawa mangsa ke lokasi rumah atau bilik ingin disewakan, suspek mengaku ia rumah miliknya sedangkan rumah itu disewa sendiri suspek.

“Selepas mangsa berpuas hati dan bersetuju dengan harga ditawarkan, suspek meminta mangsa memasukkan wang ke dalam akaun banknya sebagai bayaran deposit,” katanya.

Beliau berkata, selepas mangsa membuat pembayaran, mangsa diberi satu tarikh untuk masuk ke rumah atau bilik itu.

Katanya, apabila tiba masa dan tarikh yang dijanjikan, wanita berkenaan tidak dapat dihubungi dan menghilang­kan diri.

“Suspek kini direman sehingga 22 Mac ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia