Harian Metro

Gucci murah ‘cap ayam’

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

Sejumlah 1,029 beg tangan tiruan pelbagai jenama terkemuka bernilai RM41,845 dirampas Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Selangor dalam serbuan berasingan, minggu lalu.

Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa itu membabitka­n sebuah pusat pemborong terkemuka di Klang dan sebuah premis di Seksyen 14 di sini, Rabu dan Khamis lalu.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNKK negeri, Azman Adam berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai penjualan barangan tiruan di dua premis berkenaan.

“Dalam serbuan awal, kami merampas 1,009 beg beberapa jenama terkenal bernilai RM40,445 disimpan di dalam stor premis.

“Serbuan kedua pula dilakukan pada keesokan harinya (Khamis) di premis Seksyen 14 dan merampas lebih 20 beg tiruan berkenaan bernilai RM1,400,” katanya

 KPDNKK rampas 1,029 beg tiruan dalam dua serbuan

dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana membekalka­n atau menawarkan barangan yang menggunaka­n perihal dagangan palsu.

Difahamkan, beg dirampas antaranya jenama Gucci, Carlo Rino, MCM dan Sembonia.

Sementara itu, Azman berkata, pihaknya menyerbu dua premis di Klang dan daerah ini yang menjual cakera padat (CD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak, minggu lalu.

“Kami merampas 1,746 keping bahan itu yang dianggarka­n bernilai RM14,120.

“Kes disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Label Cakera Optik) 2010 iaitu kesalahan menjual cakera optik cetak rompak,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA KPDNKK merampas beg tiruan ketika serbuan di Seksyen 14, Shah Alam.
ANGGOTA KPDNKK merampas beg tiruan ketika serbuan di Seksyen 14, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia