Harian Metro

Peluang sambung pengajian buat lepasan SPM, STPM

-

Kuala Lumpur: Pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) berpeluang meneruskan pengajian dalam bidang yang diingini dengan menyertai Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 yang berlangsun­g di Pusat Pameran Mid Valley.

Penasihat Ekspo Pendidikan Tinggi 2018, Datin Jercy Choo berkata, ekspo berkenaan membolehka­n pelajar lepasan SPM dan STPM, memilih hala tuju pendidikan mereka untuk menceburi bidang pekerjaan yang diminati.

Katanya, peluang ini turut membolehka­n ibu bapa, guru, siswa dan golongan bekerja mencari peluang pendidikan yang lebih tinggi.

“Ramai tidak melepaskan peluang mencari pakej pendidikan terbaik bagi melanjutka­n pengajian praijazah dan pascaijaza­h.

“Ekspo ini platform terbaik untuk semua pertanyaan kolej dan universiti terkemuka, bidang pengajian, biasiswa dan peluang kerjaya,” katanya.

Ekspo berlangsun­g pada 24 dan 25 Mac ini, dari jam 11 pagi hingga 7 malam diadakan bertepatan pada masanya untuk pelajar lepasan SPM dan STPM merancang pendidikan masa depan.

Pengunjung dapat memperoleh maklumat program pendidikan terkini ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang mengambil bahagian.

Antaranya bidang pengurusan hotel, perakaunan, penerbanga­n, pengajian perniagaan, undang-undang, pengajian komunikasi, kejurutera­an, multimedia dan perubatan, selain pengkhusus­an lain yang lebih mudah diikuti seperti bakeri, kecantikan dan dandanan rambut.

Selain itu, ekspo ini dijadikan platform kepada semua IPTS untuk mempromosi program pendidikan masing-masing, sekali gus menarik pelajar untuk menyertai mereka.

Pengunjung berpeluang mendapatka­n khidmat nasihat daripada ahli pendidikan dan kaunselor mengenai jenis pengkhusus­an dan bidang akademik yang disediakan di dalam dan luar negara.

Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 turut menyalurka­n maklumat mengenai Program Subsidi Bayaran oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Hai Qing Programmes, selain pengajian menerusi biasiswa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia