Harian Metro

86.3 peratus layari laman sosial

-

Aktiviti yang paling popular dalam kalangan pelayar Internet di

Malaysia pada tahun lalu adalah melayari laman sosial dengan mewakili 86.3 peratus berbanding aktiviti lain.

Selain itu, memuat turun gambar, filem, video atau muzik, bermain atau memuat turun permainan mewakili

81.2 peratus, mendapatka­n maklumat barangan atau perkhidmat­an

(80.4 peratus), memuat turun perisian atau aplikasi

(74.5 peratus) dan menghantar atau menerima e-mel

(70.4 peratus).

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, aktiviti lain yang dilakukan oleh pengguna Internet adalah perbankan

Internet (37.6 peratus) dan membeli atau membuat pesanan barangan atau perkhidmat­an secara e-dagang (23.2 peratus).

“Penggunaan

Internet mencatatka­n peningkata­n ketara dengan kadar penembusan berada pada paras 80.1 peratus bagi individu berusia 15 tahun ke atas pada 2017.

“Angka ini meningkat sembilan peratus berbanding 71.1 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan berkaitan Laporan Tinjauan Individu dan Isi Rumah dalam Penggunaan dan Akses ICT di sini, semalam.

Menurutnya, peratusan akses isi rumah kepada Internet pula meningkat 15.6 peratus kepada 85.7 peratus, berbanding 70.1 peratus pada 2015.

“Malah, peratusan individu menggunaka­n komputer juga meningkat 1.1 peratus kepada 69.8 peratus, berbanding 68.7 peratus pada 2015.

“Penggunaan telefon pintar bagi melayari Internet juga meningkat kepada 97.7 peratus, berbanding 97.5 peratus pada 2015,” katanya.

 ?? Dr Mohd Uzir ?? Malah, peratusan individu menggunaka­n komputer juga meningkat 1.1 peratus kepada 69.8 peratus berbanding 68.7 peratus pada 2015”
Dr Mohd Uzir Malah, peratusan individu menggunaka­n komputer juga meningkat 1.1 peratus kepada 69.8 peratus berbanding 68.7 peratus pada 2015”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia