Harian Metro

Sasar pelaburan sektor pembuatan RM7b

-

Kuala Lumpur: Invest Selangor Berhad (Invest Selangor), agensi promosi pelaburan Selangor menyasarka­n untuk menarik pelaburan RM7 bilion dalam sektor pembuatan ke negeri itu pada tahun ini berbanding RM5.59 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Hasan Azhari Idris berkata, jumlah itu diyakini mampu dicapai berdasarka­n situasi pasaran dijangka lebih baik tahun ini berbanding tahun lalu.

“Untuk tahun ini, kami memulakan langkah dengan positif apabila menarik pelaburan RM1.8 bilion melalui aktiviti misi pelaburan ke Jepun pada Januari lalu dan kami percaya trend baik ini berterusan,” katanya pada selepas pelancaran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabang­sa Selangor 2018 (SIBS 2018) di sini, semalam.

Pada tahun lalu, Selangor berjaya menarik pelaburan berjumlah RM5.59 bilion dengan RM3.43 bilion adalah membabitka­n pelaburan langsung domestik (DDI) manakala RM2.16 bilion pelaburan langsung asing (FDI) dengan 202 projek pembuatan diluluskan.

Mengulas pencapaian pelaburan tahun lalu, beliau berkata, jumlah itu adalah jauh daripada sasaran ditetapkan iaitu RM6.5 bilion namun pihaknya agak berpuas hati berikutan pergerakan perlahan dalam pasaran pelaburan antarabang­sa pada tahun lalu.

“Untuk tahun ini, kami melihat dulu situasi dan trend pelaburan semasa sebelum mengambil keputusan sama ada untuk menyemak semula jumlah pelaburan yang disasarkan atau kekal dengan sasaran pelaburan RM7 bilion pada pertengaha­n tahun ini,” katanya.

 ??  ?? HASAN (kiri) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelaburan, Perindustr­ian dan Perdaganga­n dan Pengangkut­an, Datuk Teng Chang Khim ketika pelancaran SIBS 2018, semalam.
HASAN (kiri) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelaburan, Perindustr­ian dan Perdaganga­n dan Pengangkut­an, Datuk Teng Chang Khim ketika pelancaran SIBS 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia