Harian Metro

Pengedar eksklusif dua jenama UK

Pensonic optimis jana pendapatan lebih tinggi

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

Pensonic Holdings Berhad (Pensonic) optimis untuk menjana pendapatan RM10 juta melalui penjualan jenama baru di bawah pengedaran­nya, Morphy Richards dan Belling bagi tahun kewangan 2018.

Pensonic yang mendapat hak pengedaran eksklusif untuk peralatan terkenal Morphy Richards dan Belling dari United Kingdom (UK) itu yakin jenama terbabit mendapat permintaan di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Pensonic, Vincent Chew berkata, pihaknya yakin jumlah itu dapat dicapai terutama dengan pemulihan dalam pasaran pengguna pada tahun ini di samping tarikan kedua-dua jenama itu yang menawarkan produk berkualiti tinggi.

Katanya, kerjasama itu memberi hak istimewa kepada Pensonic untuk menjadi pengedar tunggal produk di bawah Glen Dimplex iaitu Morphy Richards dan Belling di pasaran Malaysia dan Singapura.

“Biarpun keadaan ekonomi semakin mencabar dan pasaran tidak menentu, produk peralatan rumah mempunyai masa depan yang cerah kerana pembeli inginkan produk yang memudahkan dan memberi nilai kepada gaya hidup mereka.

“Pada tahun kewangan 2017, Pensonic merekodkan pendapatan sekitar RM350 juta dan kami berusaha mencapai pertumbuha­n signifikan tahun ini,” katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara Pensonic dan Glen Dimplex di sini.

Selain Morphy Richards dan Belling, jenama lain di bawah Pensonic adalah Lebensstil Kollektion, Cornell, Indesit, Gaggia dan Princess.

Sementara itu, peraduan turut diadakan bagi meningkatk­an tahap kesedaran dalam kalangan pengguna tempatan mengenai seterika Morphy Richards.

Tempoh pertanding­an bermula 15 Mac hingga 31 Mei 2018.

Pelanggan boleh menyertai peraduan ini dengan menangkap gambar seterika vintaj Morphy Richards dan muat naik gambar berkenaan di Facebook Morphy Richards.

Pelbagai hadiah menarik bernilai RM33,833 ditawarkan dan pemenang diumumkan pada Jun 2018.

 ??  ?? VINCENT (kanan) bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Clen Dimplex, Neil Noughton pada majlis menandatan­gani perjanjian antara Pensonic Holding Berhad dan Glen Dimplex Group di Double Tree by Hilton.
VINCENT (kanan) bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Clen Dimplex, Neil Noughton pada majlis menandatan­gani perjanjian antara Pensonic Holding Berhad dan Glen Dimplex Group di Double Tree by Hilton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia