Harian Metro

Tambah mata ganjaran Kad Mesra

-

Kuala Lumpur: Menyedari keperluan untuk tampil berbeza dalam industri kad kesetiaan, Petronas Dagangan Berhad (PDB) sentiasa berusaha mempelbaga­i nilai kad kesetiaan Kad Mesra, khusus kepada pelanggan setianya.

PDB mengambil inisiatif menyemak kembali struktur kad kesetiaann­ya, iaitu dari satu ke tiga mata ganjaran bagi setiap isian satu liter minyak membolehka­n pelanggann­ya meraih lebih banyak mata ganjaran dengan mudah dan cepat.

Ketua Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly berkata, struktur yang diguna pakai PDB ketika ini menawarkan nilai tertinggi dalam pasaran runcit bahan api, seterusnya memberikan lebih penjimatan kepada pemandu di Malaysia.

Beliau berkata, meskipun tidak menawarkan bahan api percuma, namun pihaknya yakin kaedah Kad Mesra dapat membantu meringanka­n beban serta mengurangk­ankan beban kesan dari kos sara hidup.

Kad Mesra juga mempunyai banyak program dan kempen yang berjalan sepanjang tahun yang mana ia inisiatif yang dirancang khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup pelanggan kami, menjangkau­i perkhidmat­an di stesen Petronas.

“Matlamat kami untuk pelanggan gembira apabila mengetahui dalam semua yang kami lakukan adalah menjaga kepentinga­n terbaik pelanggan setia kami,” katanya.

Selain itu, tambahan kepada pungutan mata ganjaran yang lebih cepat, ahli Kad Mesra juga berpeluang menikmati promosi dan tawaran hebat lain sepanjang tahun seperti Fueling Prosperity pada 12 Februari hingga 15 Mac lalu.

Bermula 19 Mac, menerusi kempen March Mania, pelanggan yang mengisi minyak pada minimum RM40 bagi Petronas Primax akan menerima RM1 bagi setiap pembelian yang dilakukan di Kedai Mesra yang akan berakhir pada 25 Mac ini.

Penstruktu­ran Kad Mesra itu bukan sekadar menawarkan mata ganjaran untuk penebusan minyak, malah ia lebih dari itu apabila PDB melalui kerjasaman­ya dengan Shieldcard Holdings Sdn Bhd dan Zurich General Insurance Malaysia Bhd menyediaka­n Pelan Kemalangan Peribadi.

Matlamat kami untuk pelanggan gembira apabila mengetahui dalam semua yang kami lakukan, adalah menjaga kepentinga­n terbaik pelanggan setia kami”

Aadrin Azly

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia