Harian Metro

Seludup senjata untuk Palestin

Kakitangan Konsulat Perancis guna kenderaan diplomatik bawa senjata dari Gaza ke Tebing Barat

- Reuters

Israel menahan pekerja Konsulat Perancis di sini, kerana disyaki menggunaka­n kenderaan diplomatik untuk menyeludup senjata api dari Semenanjun­g Gaza yang ditadbir Hamas kepada penduduk Palestin di Tebing Barat.

Warganegar­a Perancis, Romain Franck, dituduh menyeludup 70 pistol dan dua raifal antara dua wilayah Palestin itu melalui sekurang-kurangnya lima pemindahan.

Menurut agensi keselamata­n Israel, Shin Bet, Franck yang ditahan sejak 15 Februari lalu, melakukan perbuatan itu untuk keuntungan dirinya tanpa dorongan atau pengetahua­n pegawai atasan.

Menurut Shin Bet, perbuatann­ya dipercayai tidak bermotifka­n ideologi atau politik seperti menyokong perjuangan Palestin.

“Ia kejadian yang serius salah guna kekebalan dan keistimewa­an politik di Israel bagi untuk menyeludup senjata api yang boleh digunakan untuk serangan pengganas,” kata kenyataan agensi itu.

Franck, 23, dijangka dihadapkan ke mahkamah esok bagi mendengar pertuduhan terhadapny­a.

Jurucakap Kedutaan Perancis di Tel Aviv menyatakan kerajaan Perancis memandang serius kejadian itu dan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa Israel.

Franck ditahan bersama seorang penduduk Palestin di Baitulmaqd­is Timur yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n konsulat serta tujuh lagi suspek.

Lelaki itu didakwa menggunaka­n kenderaan utiliti sukan konsulat yang tidak diperiksa pasukan keselamata­n Israel kerana status diplomatik untuk membawa senjata api dihasilkan di kilang di Gaza kepada penjual senjata di Tebing Barat.

 ??  ?? KENDERAAN utiliti sukan dikatakan digunakan Romain Franck (kanan) untuk menyeludup senjata api dari Gaza ke Tebing Barat. - Foto Shin Bet
KENDERAAN utiliti sukan dikatakan digunakan Romain Franck (kanan) untuk menyeludup senjata api dari Gaza ke Tebing Barat. - Foto Shin Bet

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia