Lautan sampah
Selepas dua hari, 400 pekerja dengan bantuan jengkaut masih berhempas-pulas membersihkan puluhan tan sampah yang memenuhi Muara Angke di Teluk Jakarta, Jakarta Utara.
Sehingga semalam, lebih 20 tan sampah yang hanyut dari beberapa sungai di Jakarta ke teluk itu, sudah dibawa ke Bantar Gebang di Bekasi untuk dilupuskan.
Media Indonesia melaporkan, datuk Bandar Jakarta Utara, Husein Murad berkata, operasi membersihkan sampah di Muara Angke itu masuk hari kedua semalam dan pihaknya menumpukan pada sampah plastik.
“Kami menjangka operasi membersihkan sampah ini selesai dalam tempuh seminggu, namun mungkin lebih cepat kerana menggunakan jentera berat,” katanya.
Menurutnya, lautan sampah itu terbentuk akibat dibawa banjir pada Februari lalu selain berasal dari 13 sungai yang muaranya di Teluk Jakarta.
Gabenor Jakarta, Anies Baswedan sebelum ini merancang memasang jaring di beberapa sungai untuk memerangkap sampah daripada masuk ke Teluk Jakarta.
“Kami akan pasang jaring perangkap sampah bukan
Perlu seminggu bersihkan Teluk Jakarta
hanya di hujung sungai tetapi di sepanjang sungai hingga ke muara,” jelasnya.
Namun, ada pihak yang mendakwa sampah terbabit terkumpul sejak 2014.
Selain membersihkan sampah, petugas bersama Komuniti Pokok Bakau Muara Angke juga menjalankan aktiviti menanam pokok bakau di kawasan pantai di muara berkenaan.
Pokok bakau dijadikan pelindung semula jadi daripada ombak besar, ditanam di satu kawasan yang sebelum ini musnah akibat tumpahan minyak di Teluk Jakarta.