Harian Metro

‘MEREKA TERLALU SELESA’

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Bekas pakar beregu kebangsaan, Datuk Seri Jalani Sidek menegaskan masalah prestasi tidak menentu yang menghantui pemain negara tidak akan berakhir biarpun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membawa masuk jurulatih terbaik dunia.

Sebaliknya, pemenang pingat gangsa Olimpik Barcelona 1992 itu berkata, faktor utama seseorang pemain itu mampu mencapai kejayaan adalah dengan keinginan dan kesungguha­n yang tinggi.

“Apa yang saya tengok, pemain kita ini semuanya sudah terlalu selesa dengan apa yang mereka ada. Bawalah jurulatih terbaik dunia sekalipun dalam skuad negara, kalau pemain itu tidak mahu mengubah diri mereka sendiri, jangan mimpilah untuk berjaya.

“Untuk seseorang pemain berjaya, mereka perlu bekerja keras. Keinginan dalam diri perlu tinggi untuk mencapai apa yang dimahukan dalam kerjaya mereka. Kalau datang latihan pun sekadar cukup syarat, macam mana nak berjaya,” kata Jalani.

Kenyataan Jalani itu susulan daripada luahan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menerusi laporan Sukan NSTP semalam yang sudah hilang sabar dengan barisan pemain negara apabila terus bergelut dengan prestasi tidak menentu biarpun pelbagai perubahan sudah dilakukan badan induk itu terutamany­a dalam menjaga kebajikan pemain.

Ia berikutan tiada seorang pun wakil Malaysia layak ke final Seluruh England tahun ini.

Menurut Jalani, Norza untuk berasa marah kerana sebagai presiden beliau sudah melaksanak­an tanggungja­wab dengan cukup baik sejak memegang jawatan pada April tahun lalu.

“Saya fikir bukan saya seorang saja yang nampak, semua orang pun boleh lihat komitmen yang ditunjukka­n Norza. Selepas banyak perubahan dan penajaan yang beliau bawa masuk demi kepentinga­n pemain, tetapi hasilnya belum ada.

“Norza sudah laksanakan tanggungja­wabnya, kini sudah tiba masanya pemain pula laksanakan tugas mereka dengan mencapai kejayaan di pentas antarabang­sa,” kata Jalani.

Mengambil contoh kejayaan beregu campuran Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino yang melakar sejarah buat negara itu dengan mendominas­i acara berkenaan pada saingan Seluruh England buat kali pertama, Jalani berkata, ia hadir disebabkan kerja keras mereka selain kepercayaa­n yang diletakkan ke atas jurulatih, Jeremy Gan.

Jeremy adalah bekas jurulatih beregu negara yang memulakan tugasnya bersama skuad beregu campuran Jepun, Januari lalu.

“Jeremy baru tiga bulan menjadi jurulatih mereka, tetapi mereka sudah menjadi juara Seluruh England. Lebih menarik, mereka baru berusia 22 dan 21 tahun.

“Saya percaya kejayaan ini, adalah hasil kerja keras mereka selain kepercayaa­n yang mereka letakkan kepada Jeremy. Kepercayaa­n antara pemain dengan jurulatih adalah sangat penting, kalau pemain tidak percaya dengan jurulatih mereka tidak akan berjaya,” katanya.

 Jalani ulas prestasi tak menentu pemain walaupun pelbagai usaha dilakukan BAM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia