Harian Metro

Vivian, Mei Kuan kian serasi

-

Kuala Lumpur: Pemain beregu wanita negara, Vivian Hoo mengakui tidak berdepan masalah untuk berganding­an buat sementara waktu bersama Chow Mei Kuan selepas mereka berdepan nasib sama apabila pasangan tetap masing-masing mengalami kecederaan.

Menurut Vivian, setakat ini, gandingann­ya bersama Mei Kuan dari hari ke hari menunjukka­n peningkata­n dan mereka harus memantapka­n lagi permainan menjelang Sukan Komanwel Gold Coast bulan depan.

“Jadi ujian pertama kami adalah Cabaran Antarabang­sa Vietnam (21-25 Mac) dan ia medan terbaik untuk memperkuku­hkan lagi kombinasi sebelum beraksi pada Sukan Komanwel bulan depan,” kata pemain dari Kuala Lumpur itu. Jelasnya, sudah tiga minggu dia berlatih bersama Mei Kuan dan mengikut perancanga­n ketua jurulatih beregu wanita, Rosman Razak mereka hanya akan berganding­an hingga Sukan Komanwel.

Mei Kuan sebelum ini terpaksa akur dengan ketiadaan gandingan asalnya, Lee Meng Yean yang mengalami kecederaan lutut sebelum beraksi pada Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar bulan lalu.

Masalah sama berlaku terhadap Vivian apabila dia kehilangan pasanganny­a, Woon Khe Wei ketika beraksi pada kejohanan itu hingga memaksa mereka menarik diri pada aksi sulung menentang Vietnam.

“Saya juga tidak berdepan masalah untuk kembali bekerjasam­a dengan jurulatih Rosman, kerana beliau pernah melatih kami sebelum ini. Ia bukan satu perkara baru buat saya dan kami sentiasa memahami antara satu sama lain,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Mei Kuan-Vivian yang diletakkan sebagai pilihan kelima akan berdepan Lee Wei Tzu-Tai Wei Ling dari Taiwan pada pusingan pertama Cabaran Antarabang­sa Vietnam Rabu ini.

Turut beraksi gandingan Lim Chiew Sien-Teoh Mei Xing yang akan berdepan satu lagi wakil Taiwan, Kuo Yu Wen-Lin Wan Ching.

Gandingan kami berdua semakin menunjukka­n prestasi yang baik

Vivian Hoo

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia